Archive for January, 2010
Menanti Si Kekacang Ku

Time ni kat labour room. Sengih lagi :D
Sambungan dari yang aritu. Sampai sampai, kene salin baju. Time tu baru pukul 9 lebih am. Tukar baju kaler pink ni. Hospital cun tapi baju tak iron. Tak puas ati betul. Gamba tu time tengah check contraction. Dahlin tunggu kat tepi. Waktu ni pun tak berapa nak sakit so boleh laaa sengih sengih lagi. Nampak hidung mengembang ? Wahahha.. muka happy sebab tak sabar nak tunggu si kacang keluar dari buyungku ini. Sekali adegan mari menyeluk bermula. Baru 1 cm rupanya. Patut laaaa boleh sengih sengih gelak ketawa lagi. Dr pun cakap kata maybe bukan hari ni baby kuar (10 jan) tapi besoknya (11 jan). So, rileks laa dulu. Tapi kene admitted sebab dia nak check contraction tu. Dahling terus tgk bilik dulu. Pastu, nak masuk bilik tu naik wheel chair lagi. Cam nak wheely jer wheel chair tu. Boring betul lah.
Dahling siap belikan roti n air air sebab pagi tu tak sempat breakfast langsung. Masuk jer dlm bilik (number 426), terus lepak baring baring sambil dahling kemaskan bag. Nurse pun masuk n start bagi makan ubat. Ubat tidur n tahan sakit. Time ni cam tak sakit pun tapi takleh nak tidur. Lepak lepak, kul 1 pm tu dr pun masuk lagi. Seluk lagi.. time ni ad sakit sket dah. Laaa.. baru bukak 1.5 cm. Ok.. takper. Ubat tidur yang nurse kasik tu cam tak berkesan jer. Time ni dah dimasukkan ubat cuci perut tu. Kasik beyak laa senang citer. Oleh sebab cam lambat jer lagi, plus cam nak kene tidur.. so, dahling nak balik rumah kejap. Ok laa.. sebab kata makan ubat tidur kan. Kasik jer dahling balik. Baring baring tak tertidur. Nasib laa dia ada belikan magazine time beli bfast tu.
Golek golek, makin sakit contraction tu. Mak kata ni kembar darah sebab asek kuar darah 2 hari sebelum ni. Kembar darah memang sakit.. kata mak. Bila dahling sampai, gua dah cam orang gila sket. Pegang besi katil sambil merintih kesakitan. Cewah.. Sambil tu baca jugak ayat yang Aida sms. Untuk senangkan bersalin katanya. Memang sakit sangat rasa. Last last panggil nurse n minta apa apa ubat yang dia ada yang boleh hilangkan sakit. Dia kata, tunggu dr dulu. Time tu dah pukul 4 pm. Tapi walaupun sakit, takder pulak airmata yang kuar. Dr Awang bz laa plak. So, nurse tu checkkan bukaan. Ok.. dah 6 cm. Terus dia suh naik wheel chair lagi. Nak ke labour room. Dah saspen sangat ngan dahling.
Sampai labour room, tunggu Dr Awang datang. Parents in law dah sampai jugak. Time tu dah duk sedut gas ting tong. Heaven jer rasa. Stone sekejap ! Tup tup dr pecahkan ketuban n aiyark. Cik kacang telah beyak. Why baby? Why? According to dr, baby kecit so dia takleh tahan contraction. Sampai terbeyak beyak. Baru beyak plak tu. So, dia explain apa tah.. kene operate lah. Time tu baru 6 cm. Nak tunggu 10 cm, maybe berjam jam lagi. Takut baby tertelan bahan buangan tu plak. Time ni sakit n tak berapa nak ingat sangat apa apa. Dahling laa yang citerkan semula. Kene sign lah borang dulu. Yang sedih, dahling takleh teman masuk OT tu. Sebab apa? Sebab fully bius. Satu badan.. kire pendek kata memang tak sedar langsung lah. Sebab dah ada contraction n baby dah beyak. Takleh buat half bius. Kecewa lah kejap. Masuk masuk OT tu, memang tak tau camner.. sedut gas terus out.
P/S : Nanti sambung balik ek. Banyak pulak keje malam ni
Why I Like It Longer
Banyak benda yang kita suka bila ianya panjang (longer). Lebih panjang lebih suka *wink*. Tak percaya? Percayalah kerana ianya benar.
Macam juga The Harder The Better, The Longer pun The Better jugak. Lets see, selalunya orang berusaha memanjangkan semua yang pendek. Serius tak tipu. Bila rambut tu pendek, usaha menyimpan supaya ianya akan panjang. Bila rantai leher nya pendek, secara bersusah payah membodek tok laki supaya belikan rantai yang lebih panjang. “Baru laaa orang boleh nampak walaupun pakai tudung tutup dada”. Paling penting, semua manusia pasti mengharapkan umur yang panjang lagi bagus. The longer we live, the better. Kan kan?
This time, I don’t want a longer necklace than the one I have for the past 6 years. I just want a longer handphone. It’s true, no more handphone pendek dan katik yang dulunya satu musim. Semuanya mahu handphone yang kecil dan pendek. Sudahnya, simpan dalam bag pun boleh hilang. Simpan dalam poket pun susah mahu di capai akibat too short n small. Bravo to LG kerana telah membuat satu pembaharuan untuk LG Chocolate. Mahu tahu apa specialnya bila ia lebih panjang dari biasa? Ehem.. ia itu adalah LG Chocolate BL 40. Yes people, ada juga benda lain yang lagi special bila ianya panjang. I know :P
Istimewa bila ianya (LG Chocolate BL40) lebih panjang dari biasa adalah pada 4.0 inch widescreennya dengan 21:9 aspect ratio untuk panoramic, cinema-like quality and optimal mobile computing experience.. Mana mau cari? Itu adalah daya penarik utamanya. Longer than usual kan? Bukan sekadar mempunyai widescreen, malahan the wide screen itu mampu memaparkan 2 display berlainan secara serentak melalui Dual Screen UI nya. Hebat kan? Apa lagi yang anda impikan?
Nak tunjukkan lagi ke’best’an LG Chocolate BL40 ni lagi… dek kerna ke’longer‘annya tu, melayari internet melalui handphone juga menjadi lebih mudah. Mana taknya, dengan 800 pixels, dah tak perlu nak scroll horizontally untuk melihat keseluruhan web page. Menonton video juga puas dengan phone yang mendapat nama ‘The Supermodel of Phones”. Magazine terhebat seperti Vogue, GQ, ELLE and Esquire tanpa segan silu lagi dah proclaimed LG Chocolate terbaru ini sebagai breathtakingly sleek supermodel. Slim dan longer dari biasa.. layak betul di gelar supermodel. Walaupun longer than other phones tapi slim menyebabkan phone in tidak berat langsung.
Tertanya tanya bagaimana rupa phone yang heboh kerana ke‘longer‘an ni? Memang menarik LG Chocolate dengan wide screen yang overlaid dengan curved tempered glass dan kemas di dalam case berwarna glossy hitam dan red highlights.

Why I Like It Longer? Read the whole entry.. then u'll know.
P/S : Kerana ‘The Longer The Better“, entry ni sengaja di longer kan. Yes, i like it longer…. *wink*
Detik Detik Cemerlang Siri 1
Ni entry khas pasal detik detik pada 10 Jan yang lepas. Alaa.. senang citer, pasal citer saat saat nak melahirkan Cik Kacang lah.
Mula mula, estimated due date adalah pada 22 Jan 2010. Agaknya sebab kuat sangat berjalan kut ek? Alkisahnya.. Sabtu petang tu dah tak besh. Ada bleeding dah. Makin lama, makin banyak. Beberapa hari sebelum tu kuar cam brown discharge dah. Time tu dah cuak. Semua orang pun pakat duk kata dah tak lama dah. Still bleh rileks n kuar jalan jalan. Part paling cuak sangat bila bleeding lah. Dahling pun rilek rilek cuak juga. Beg beg semua kitorang kemas n letak one side.

Tu dia bag. Sampai 3 bijik.
Haa.. nah haiii.. 3 bijik bag. Tak campur henbeg lagi. Hak Cryocord tu utk isi bende utk stem cell tu lah. Beg FF tu plak, ada barang dahling. Digicam lah, camera lah, baju dia.. semua lah. Lagi satu bag hitam tu, barang Memi & Baby. Menyesal bawak banyak banyak baju baby. Yang pakainyer sepasang jer. Diaper pun takyah bawak. Hospital kasi satu plastik. Huggies Newborn. Style jugak. Baju baby pun pakai time nak check out jer. Wah, cam check out dari hotel gitu.
Sambung citer, Sabtu tu, duk bleeding lagi sampai agak risau lah. Dalam pukul 8 pm, bleeding makin banyak. Siap everytime kencing, ada bleeding.. panggil husband sekali suh tgk. Wahaha.. dia pun memang nak check. So, makin lama makin banyak. Kul 8 pm gitu, call Dr Awang. Dia ada tanya soklan lah. Ada rasa sakit ker per ke. Oleh sebab tak berapa nak sakit pun so dia kata takper, cume ready jer lah. Hari Isnin, dia suh g check up lagi. So, cam ok lah. Pukul 2 pagi tu, kitorang laki bini pun kuar. Tingin nak makan McD plak. So, g drive thru jer. Kat depan Wakaf Che Yeh. Cantik tau McD tu. Balik tu, lepas makan.. dahling pun tido. Gua memang takleh nak tido sebab dah start rasa sakit. Kejap kejap terbangun. Last last pukul 8 am gitu, siap mandi mandi lah. Pack barang buat kali terakhir. Bila dahling sedar, terkejut dia sebab nampak bini dia dah siap siap mandi n dress up utk g spital. So, dia pun terus siap. Call Dr Awang lagi.. ok. Terus g spital. On the way tu, sempat laa bergambar berdua. Cewah..
Sampai jer spital, terus masuk emergency punya entrance. Siap naik kerusi roda lagi. Ingat nak jalan jer .. tp takper la. Naik wheel chair tu. Terus naik ke tingkat 3. Tempat labour room. Masuk bilik tu, tup tup in-laws pun sampai. Meriah jadik bilik tu. Siap pasang lagi mende kat perut tu. Nak check heartbeat baby n contraction. Sementara tu, me n dahling duk berborak lah. Boring jugak ni.
Panjang lagi citernye.. so bersambung.. besok pulak ye. Nak kasik baby hisap pek dulu. Nanti dia merengek rengek.. sedih plak tengok.
P/S : Selain Alpha Lipid, for those yang nak hilangkan berat badan dengan cara yang sihat, ada SDII yang memang terbukti berkesan. Untuk yang berminat, tinggalkan address email, saya akan antarkan brochure nya.
Upacara di hari ke 13

My Lil Hazel
Sabtu aritu ada buat sket majlis kenduri. Dah 13 hari dah umur Lil Hazel. Ada buat kenduri aqiqah n potong jambul Lil Hazel. Tak buat besaran pun. Dalam 150 jemputan jer. Ramainya sedara mara in-laws lah sebab buat kat KB ni. Majlis start pukul 11 am. Di mulakan ngan berzanji n then pastu ada aper eh orang panggil ? Yang kasik rasa gula, garam, kurma, air zam zam tu? Lupa plak ..
Hazel, alhamdulillah baik sangat. During upacara tu semua, lena jer… dadda dia yang duk jaga. Memi n kaum wanita yang lain (cewah !) duk kat area dining jer. Ngintai sket sket jer. Lepas habis acara baru memi jenguk Hazel. Dah selesai semua, dia pun lena dlm cot dia. Antik ok baby cot dia. Suke sangat…

Ni lah baby cot antik. Best :D
Lepas setel tu semua.. ada upacara makan makan lah. Lauk pauk lupa plak nak snap gambar. Letih jugak rasa. Asek duduk bangun salam tetamu. Ramai jugak laaa yang datang. Dari pukul 11 am tu sampai laa pukul 4 petang lebih. Ada jer tetamu yang datang.. alhamdulillah laa kan. Cek mek ni pun dia jer. Tak meragam.. lega.

Upacara menyuap tak ingat apa dia by Tok Lebai.
Kesian anak dara gua. Berpusing abes hair band dia. Tilam dia dijahit oleh MIL. Thanks mum. Dress kiut tu plak pilihan me n dadda dia. Penat carik.. dah Hazel ni petite sangat.. gaun banyak besar besar plak. Nasib ada yang ni. Sambil berstokin tau Memi g ngan Dadda kat KB Mall tu.

Budak yang diraikan.
Lena sangat dia tidur ni. Sampai tetamu datang duk mencuit pun dia buat tak reti jer. Layan tidur lagi besh kut? Kebanyakan tetamu kat sini bagi angpow. Selit bawah bantal dia. Ada jugak yang bawak hamper. Ada jugak bagi kek n roti jala. Sedih, takleh nak makan kek. Ada telur kan.. takut jugak jadik apa apa kat jahitan caeser tu. Leceh lah caeser ni kan?

Hamper dari guest yang datang :D
Hamper tak bukak lagi lah sebab rasa cam taknak guna. Yang berbungkus kertas jer bukak. Kebanyakannya set baju lah. Besar besar tapi so simpan jer laa dulu. Thanks anyway.. Cam besh jugak laaa tengok hamper hamper ni.
Besok mak n abah pun dah nak balik. Kejap jer rasa tapi cam tak besh laa sebab takleh nak bawak diorang berjalan jalan. Dahling pun takder mood nak berjalan sebab bini dia takleh nak follow sangat. Tak sabar nak abes confinement ni. Kesian dah tgk dahling asek boring kat umah. Nak kuar cam tak besh sebab takleh bawak anak bini. Hihihi… lagi 26 hari tu. Adoi.. sabar eh dahling.

Me n my heart, my soul
P/S : Yer.. nampak tombam. Gua redha jer .. cewah. For those yang tak dijemput, harap maaf tapi sebab jauh sangat. Nak jemput pun cam tak sampai hati jer.











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


