Advert
Archives
Categories
Calendar
May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Instagrams
 

Archive for 2009

Aper mau bikin ngan tali pusat?

Ok. Ni sket info lah nak kongsi. Sharing is caring kan? Auwww..

Selalu lepas bersalin, tali pusat tu takder buat mende kan? Aritu, time ke FMGC untuk buat detailed scan kat sana. Yelah, kan lil Hazel ni sangat precious . So, nak check semua lah.. blood flow, lung, heart chambers.. semua tu. Sambil tunggu turn, di datangi lah oleh this amoi yang kiut. Time pergi tu, sekali ngan in-laws. So, bla bla blaa.. dia duk explain laa pasal stem cell. Memang ada plan nak amek tapi takder approach mana mana company lagi.

Amoi ni dari CryoCord. Dia pun explain laa.. bla bla bla… yada yada yada. Isi la satu form ni. So, a week b4 balik KB ni aritu, dia anta sms. Ada promotion. Cantek lah… Contact balik. Set appointment.. so, amoi ni pun ok nak datang rumah terus.

Pack yang di beri.

Pack yang di beri.

Blood Collection it

Blood Collection Kit

Upon registration, CryoCord beri semua ni (collection kit). Dalam folder tu, ader blood collection bag untuk letak cord blood. Ader jugak macam macam keperluan untuk nurse/doktor yang akan amek cord blood tu. FYI, yang akan collect cord blood ni ialah doktor/nurse yang attend kiter time delivery. Then only baru CryoCord punya staff akan datang and collect untuk di bawa ke lab diorang yang bertempat di Cyberjaya. Since CryoCord ni antara pioneer kat Malaysia dalam pasal stem cell banking ni, maka diorang jadik pilihan utama kami suami isteri (phewitttt). Ader gak company lain.

Lagipun, skang ni tengah ada promotion plak tu. Untuk 20 tahun punya banking fee, ada 50% disc. So, memang berbaloi lah. Kalau cord blood yang dikutip tak sesuai untuk penyimpanan, duit akan di refund 100%. Kalau stem cell yang di simpan rosak, akan dapat duit pampasan. Kalau cord blood rosak semasa transportation dari tempat bersalin ke lab dioang tu pun, diorang akan bayar pampasan. Ada insurance cover jugak.

Kenapa nak simpan cord blood ni ? Cewah.. buat soklan plak.

Umbilical cord blood, otherwise known simply as ‘cord blood’ or ‘placental blood’, is the blood that remains in the newborn’s umbilical cord and placenta following birth. In the past, cord blood was considered medical waste and if often discarded, although it is a rich and valuable source of stem cells. It provides a painless, safe and non-controversial means of acquiring stem cells that can be used to treat patients with rare blood disorders.
Cord blood stem cells, which are predominantly Hematopoietic stem cells (HSCs), are the key to building blocks of the human blood and immune system. In other words, HSCs have the potential to generate blood cells and cells of the human immune system. These cells are less prone to develop Graft Versus Host Disease (GVHD) because they are more primitive in nature, hence the chance for rejection is less compared to stem cells harvested from adults.
Stem cells that have been isolated from cord blood manually or by using AXP™ AutoXpress Platform are ultimately stored in a cryogenic preservation tank at -190º Celcius in vapour phase.
Why Store Cord Blood Stem Cells?
  • Simple, quick and painless collection protocol that does not interfere nor complicates the delivery process.
  • Generally preferred to adult peripheral blood transplantation due to lower likelihood of complication.
  • No ethical controversies.

Basically, kegunaan untuk penyakit penyakit yang memerlukan sel darah lah kiranya. Lebih kurang lah. Cam leukimia, parkinson ke, brain tumor.. macam macam lagi. Selalunya, mak bapak baby pun bleh guna cord blood baby ni. Lagipun, reason utama apply ni sebab history si lil Hazel lah kan (for those yang tau citer). Kiter tak tau kemungkinan apa yang ada. So, ini ni cam backup plan lah. Tapi harapnya, semua ok. Insyallah..

For more info, CryoCord. Kalau nak contact miss amoi tu, please email me at kakakdegil@gmail.com.

P/S : Ni bukan berbayar ke apa ke. It just that rasanya bende ni berguna untuk kiter di masa hadapan. Miss Amoi punyer service memang best. She will explain everything sampai clear.

Rasa cam complete tapi cam tak sure, so camner?

Jumaat ni dah ngam ngam 9 bulan. Maner tak nervous. Baju baju lil Hazel kiter tu dah siap di cuci n di lipat pun. Thanks to my MIL yang tolong cucikan. Pakai sabun Tollyjoy. Alololoooo.. kiut betul bau baju tu. Sebelum lipat, mesti cium sehelai sehelai baju tu semua. Gerammm jer !

Dah dah nak dekat due date ni, mula dah start mengemas apa yang patut. Baju baju kemas dlm basket. Toilettries baby pun letak dlm bekas asing. Setel dah bab tu. Baby cot, bedding set semua dah ok. Maybe blanket nak kene carik lagi satu kut. Yang ada sekarang pun sehelai jer. Maner cukup kan? Thinking to buy Huggies new born untuk baby. Any comment kah ?

My Hospital Bag :

  • My top – 1x
  • Sweater – 1x
  • Pant – 1x
  • Disposable Panties
  • Maternity Pad
  • Socks – 2x
  • Face towel – 1x
  • Toiletries (hair brush, cotton bud, lip balm, tooth brush & paste, face wash)
  • Bra – 1x
  • Disposable Breast Pad
  • Jumpsuit – 1x
  • Bodysuit – 2x
  • Booties & Mittens – 1 pair
  • Diapers
  • Receiving Blanket -1x
  • Hooded Blanket – 1x (belum carik lagi ni !)
  • Hat – 1x
  • Wet Wipes – 1x
  • Baby Barut – 1x
  • Baby Face Towel

Dada’s Bag

  • Videocam
  • Camera
  • Internet Tablet/ Laptop
  • Polo Tee (for him)
  • Small Towel
  • Toiletries Bag

Anything else kah yang tertinggal? Please let me know eh? Dah pack dah hospital bag tu tapi takut gak kut kut ada yang tertinggal. Bleh laaa sumbat masuk jer lagi. Bagitau eh kut ada yang tertinggal..

P/S : Tadi time nak kuar kete, dahling sebut “come, my dear gelembung”. Cam kiut kiut tapi kejam kan?

Next month jer

Kejap jer rasa ek. Pejam celik pejam dah tinggal berapa hari jer. Aritu g check dr pun, dr bagitau start dari 25hb ni, kut kut kalau sakit nak bersalin, memang dah ok dah. Pheww… terus nervous satu badan.

Memang rasa tak sabar sangat lately. Nak nak biler penderitaan sakit belakang dan dada muncul tiba tiba. Aritu, time lepak kopitiam. Tup tup sakit dia cam tak bleh nak describe. Sakit sangat sampai berkaca mata ni. Dahling pun cuak cuak siap suh masuk kete dulu.. Tapi sakitnya tak lama. 5-10 minit jer. Pastu ok laa sket. Tak campur lagi kencing setiap minit. Perghhh.. mencabar kesabaran yang ni. Nak nak time kat luar. Malas nak kencin kat public toilet. Kadang kadang, nak kencing punya pasal… laju laju dahlin bawak kete. Kensel semua plan.. balik umah. Wakaakaka…

Start bangun tidur semalam, hidung start pedih .. tekak pun cam berpasir. Apa lagi, pregnant ni nak makan ubat pun takleh sebarangan kan. Nak nak cam kes gua ni, kene lebih hati hati. Cara paling mudah, lebihkan minum Alpha Lipid lah. 3 scoop terus start dari semalam. Alhamdulillah, demam pun tak teruk.. tak sempat selsema n suhu badan pun makin turun. Ni pakai plak Kool Fever kat dahi tu. Perghh.. nikmat betul rasa. Disyaki sebab cuaca tak menentu ni. Siang memang panas sangat, malam sejuk n hujan plak. Awat yang tak demam…

Ni pun baru balik dari Pantai Timur. Ingat nak g dekat dekat tapi saja laa. Nak jalan jalan sebab rasa cam cergas sket dari siang tadi. Round round jer. Beli medicated powder Pureen tu n Dutch Lady Strawberry.

Layan ni. Gerenti memang besh sangat :D

Layan ni. Gerenti memang besh sangat :D

Ni laaa sebab utama beli selalu Dutch Lady Strawberry. Nak minum Alpha Lipid gitu saja kadang kadang tak tertelan jugak. So, lepas buat eksperimen, yang ni the best. Memang layan sangat. Lagi sedap dari strawberry shake kat MekD. Buat sesapa yang consume Alpha Lipid, try laa. Sesapa yang belum try Alpha Lipid, sila try. Mostly, for those yang pregnant lah. :D

Sambung ke bab membeli belian belahan. Sekarang tengah sibuk mengemas my hospital bag. 1 for baby & 1 for me. Yesh, ada dua beg lah. Tamak kan? Wahahaha… Yang memeningkan kepala yang memang tengah pening ni, apa yang sepatutnya ada dlm Hospital Bag tu eh? The quantity? The most important thing to bring? Confused ni.. tolong ya!

Ari ni perut agak kecik. Maybe sebab my selera makan tak bagus today. Nasik pun separuh saja plus tak makan malam. Makan kacang rebus jer and seketul kuih pau. Adus, mulut pahit sangat ni. Jap lagi mesti consume Alpha Lipid lagi. Tak sanggup badan gini lah. Banyak mende nak kene setel lagi ni.

My next check up is on the 30th. Harap harap berat Hazel bertambah n makin sihat. :D

P/S : Cam tak sabar sangat nak suh lil Hazel kuar. Tapi hopefully, by the time dia nak kuar, dia sihat lah. Taknak kene kene tahan kat spital :D

Hari Bermesra-mesraan

Hari Jumaat aritu, memang takleh nak kemana. Semua tempat ramai orang belaka. Memandangkan dahlin’ pun tengah dalam happy mood, balik jer dari semayang jumaat tu.. lepas lunch and lepak seround. Kami suami isteri (phewiiittt) kuar jalan jalan dengan niat nak beli siap semua barang keperluan untuk si lil hazel ni.

Tup tup kedai di tuju tutup. Nak ke Parkson plak, waduh… ramai betul manusia. Last last dahling bawak ke belakang Pelangi Mall. Sungai apo tah namanyer. Ader cafe cafe tapi time tu tengah tutup. Ader orang main powerboat laju. Cam yang racing tu lah kan. Seketul tu jer ada pun… Ramai jugak yang melayan.. so, kitorang pun park n layan jer lah. Feeling tgk powerboat tu. Cewah.. tapi cam tak laju jer pun.

Powerboat kat belakang.

Powerboat kat belakang.

Tengok laaa boat tu. Cam laju jer kan? Abaikan hidung jambu yang makin membulat dan mengembang lately. Memang bila peknen, hidung mengembang ke ek? Adoi… Makin bulat lak tu.

Dah setel layan boat, cam lapar plak. Nak makan maner plak pun pening. Banyak betul orang kuar town ari tu. Ronda punya ronda. Park depan Moon Kopitiam plak. Terus sengih.. dah plan nak makan apa kalau datang Moon ni.

Layan layan Moon Kopitiam. Nyummm..

Layan layan Moon Kopitiam. Nyummm..

Pulut Mangga yang serius sedap. Pastu layan plak  Ice Lemon Honey and Cendol Pulut Tapai. Sedap jugak ni. Layan sekali French Toast. Nak g sana tak mampu. Layan roti dia pun jadiklah. Wakaaka.. Sedap nih! Tu menu yang ada. tak clear eh? Saja kecikkan gambo nih. Harga cun cun jugak. Kedai dia pun besh laa jugak. Bersih :D

Dah konyang. Ingat nak balik… tup tup ke pantai plak. Almaklumlaaa.. hari bermesra mesraan. Mesti laaa gunakan sehabis baik. Kitorang ke Pantai Irama kat Bachok. Woohoo… syioknya. Cam dating dating gitu. I like !

Mak Buyung gembira kene angin laut

Mak Buyung gembira kene angin laut

Ombak besar jugak time ni. Nov – Mac dilarang mandi tau. Ombak besar, bahayos. Angin memang kuat betul. Sampai sejuk dibuatnya. Berdiri bulu bulu ku. Penuh orang kat sini.. lepak berkelah ada, lepak layan sorang sorang pun ada, yang makan colek pun ada. Kitorang tak layan lah colek sini sebab rasa cam tak besh jer. Kat PCB jer sedap layan colek ni. Ado kacang mesin. Buh dalam sos colek tu. Perghhh.. syahdu jer rasa. Kat sini ada jual mende besh. Wahahaha..

Rokok rokok manis :D

Rokok rokok manis :D

Dulu dulu time kecik kecik, ada jual rokok chewing gum. Besh.. wahahaah. Syyhh.. tau dek mak, kene marah nanti. Time tu tadika, dapat laa duit sekolah.. time balik singgah kedai keli** batu 4, pd tu.. pastu beli rokok chewing gum. Ya rabbiiii.. dari kecik rupanya perangai gua tak semenggah. Wakaa..

Yang ni, candy. Kene gigit gigit. Manis lah jugak. Kelakar rasa. Satu kotak tu 50 sen. Beli kat Pantai Irama tu lah. Ada kiosk jual candy lah, pelampung lah. Macam macam dia jual. Hebat.

Malam tu pulak… rahsia. Wakaakaaaaa..

P/S : Lately, asek ngantuk jer. Tidur mesti lebih lebih. Pastu, asek dahaga n lapar jer. Next check up on the 30th Dec ni. Hopefully, more great news lah dari dr. Tak sabor mak !

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs