Advert
Archives
Categories
Calendar
December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Instagrams
 

Archive for December, 2009

Letih yang membahagiakan

Hari Rabu tu, ada check up dengan Dr Awang. Banyak dugaan betul. Mula mula sampai, kata Dr ada c-sect pukul 4 pm. So, sempat.. tup tup asst suh g mana mana dulu sebab emergency plak operation tu. So, kuar dulu… terus ke KB Mall. Maner lagi nak g kan? Hehehehe..

Beli apa yang patut termasuk laaa laundry wash utk baju baju Lil Hazel. Yelah, takut gak laa kan. Tak teringat nak basuh ke apa ke. Dah siap membeli tu, dapat call.. Dr suh datang pukul 5 pm. Hait… tak sabar nak tgk progress Lil Hazel ni. Pukul 5 pm pun sampai.. still kene tunggu. Phewww.. letih jugaklah. Dahlin siap buat buat kelakar.. berkawad bagai. Saiko gak laki gua ni rupanya.

Jumpa dr, naik penimbang.. nah haiii.. Awat tak terkejut dr. Dua kali dia suh naik penimbang. Dalam sebulan naik +- 5 kg. Giler kan? Memang pun. Asek makan sedap jer. Mana tak naik .. wakaa.. Scan pulak. Alhamdulillah ya Tuhan. Semuanya baik. .Baby punyer growth pun normal. Dah 2.2 kg dah. Bulat jer perutnya. Siap menguwek nguwek tangan tu. Geram jer tengok. Tak dapat nak cakap gembira camner dah. Sangat sangat gembira lah. Happy happy joy joy !

Nesting instinct dah started to kick in. Balik tu, punggah semua baju/blanket/towel and buang tags. Asingkat jugak… sekali check tgk, bakpo banyak sangat mittens/booties ni. Hihihi.. nasib beli murah murah jer.

Lil Hazel punya barang tengah di asingkan.

Lil Hazel punya barang tengah di asingkan.

Bila dalam packaging, tak perasan dah banyak baju cik kacang ni. Sekali, bila dah di punggah ni…. mak ngai. Buleh tahan laa. Ader jugak skirt kiut belian dada. Alololoooo… mesti kiut pakai pampers pastu tonggek tonggek pakai skirt. Gerammmm siap siap lah !

Dah setel masuk bakul utk di basuh… eh, belilah Tollyjoy punyer laundry wash. Bau kiut sangat ! Ok ok, dah setel.. dahling dengan baik dan penuh murah hati ajak kuar. Jalan jalan cari soru.

Makan makan di Restoran Shafie.

Makan makan di Restoran Shafie.

Layan makan makan kat restoran shafie plak. Yummyyy.. maknaan dia cam bleh tahan sedap lah. Kitorang layan tomyam ayam, daging masak merah, siakap sweet n sour n telur dadar. Memang besh masakan dia. Siakap jer laaa lain macam sket. Sedap yg lain dari selalu dimakan. Murah pun murah ni. Teka berapa? Sapa paling hampir.. dia budak paling terer :p

Oh, dr pesan,  start dari krismas ni kalau ada rasa sakit sakit/ tanda tanda nak bersalin… dah bleh ke spital terus n terus deliver baby. Tak perlu tunggu tunggu. Perghhh… terus nervous to the tulang tongkeng. Tak lama dah tu. Mak nervous nak !

P/S : Minyak selusuh dah start di telan. 1 sudu teh sehari. Nyummm… :/

For 2 months.

Masak gua… tinggalkan rumah for 2 months. Huhuhu…

Cam sket jer eh utk 2 bulan?

Cam sket jer eh utk 2 bulan?

Ada kotak kecik seketul, bag merah tu, bag laptop and bag ff tu jer. Barang baby dah selamat di hantar time balik last month. Lega jugaklah..

Tutup apa yang patut. Simpan beskal biru dlm rumah. Visit pokok betik dan 6 bijik buahnya. Subur kan? Tup tup time nak simpan my Satria Perkasa Kelabu, bateri buat hal plak. Mujur en halim dan krew pantas bertindak. Tukar bateri sekejapan.. foc. Bangga betul nih. PC dahlin plak buat hal jugak. Dah off, dia restart sendiri.. pastu bunyi toot toot toot. terus mamposss.. tak hidup kembali. Siyan ke dahlin kachak. Termenung kejap. :( Nak buat hiburan tadi pun cam tak sempat dah. Kalau tak, bleh ai belai belai mesra… senangkan hati lu kan?

Dah sampai ngan selamat ke KB petang tadi. Naik flight pun takder karenah apa apa lah. Isi borang siap siap n passkan surat dr time check in. Setel dah.. so tunggu nak naik jer la. Cuaca pun Alhamdulillah elok sangat. Walaupun, ada budak menjerit jerit “tolong.. nak susu” berulang kali.. kuat kuat plak tu.. kitorang bleh jugak laaa lena 10-20 minit. Thanks jugak to bantal baby kaler hijau tapi nama Blue Bear pemberian mak. Selesa tidur dlm flight tadi walaupun seat dia ngam ngam bontoit penuh jambanku ini.

Sampai jer, PIL dah ada. Terus balik rumah lah. Petang tadi jugak, MIL buatkan cekodok pisang. Menantu dia ni kan ala ala anak tarzan. Asek suka pisang jer.. Malam plak, dinner makaroni sardin. Sedap betul. Nyummm..

Besok ada check up kat Perdana. Harapannya agar semua selamatlah. No complications apa apa ke. Doa doakan eh. Untuk penutup citer asal boleh arinih, nikmati pemandangan colek dan ayaq menet yang di layan kat PCB malam tadi.

Colek sedap bersama ayaq menet dan tangan kachak.

Colek sedap bersama ayaq menet dan tangan kachak.

P/S : Panas membara lah kat KB ni. Pasang aircond pun rasa tak sedap. Ke sebab dah gomuk ek? Perut pun dah besar.. rasa kiut plak. Cam belon berjalan..

38 days to go

Pejam celik pejam celik.. pergh. Dah tak lama. Next month jer lagi. 38 days until EDD. Bukan lama dah tu. Harap harap semuanya selamat. Doa doakan eh.

Petang tadi kak long bawak all the lil’ monster exc. baby eric jer. Alololoooo.. gonna miss them so badlah lepas ni. Semua sekali. Tadi lepak lepak sambil makan dominoes pizza n breadstick sambil layan pulak New Moon. Layan jugak bebudak sket sket. Tup tup time nak balik, si Chacha dah muncung kan muka. Kak long laa ni. Duk cakap kat bebudak tu “lepas ni dah tak jumpa mak ngah laaa… lama mak ngah nak balik kg”.Adoh.. mak ngah pun sedih laa camni. Sangat…maner taknya. 2 bulan jugak laa nanti tak berjumpa. Sob sob… sodih..

Lagi sedih, jumpa mamat ni nanti.. mesti dia dah besar.

Lil' menteri kabinet tengah beradu.

Lil' menteri kabinet tengah beradu.

Tuesday ni berangkat laaa kitorang laki bini ke KB. Balik sana nak get ready apa yang patut dah. Bilik, barang barang lagi termasuk regular check up ngan Dr Awang. Harap cuaca pun ok sebab sangat tergedik mau makan colek kat PCB.

Oh! Mesti tidur lena sebab bila balik KB jer, semua nightmare akan hilang. Hhuhuhuhu…

P/S : Gonna miss the rumah, the bed, the kitchen…, lil monsters, my pokok betik ngan 6 bijik buah betik yg tak masak masak lagi.. ghulam nasik lemak, goreng pisang pakcik desa mutiara tu, kak long’s dish (arghhhh… terus windu nak makan nasik kat umah kak long) dan our keretas. Errr.. nak kensel balik KB boleh tak?

Bikin Marah Betullah

Orang kata time pregnant tak baik benci kat orang sangat sangat kan? Will try to tak benci sangat sangat lah ni.. tapi nak jugak meluahkan perasaan ni.

Dah balik umah ni, cam memang tak senang hidup lah sket sebab kan Ida rocker tu. Bengang jer ari ari ngan dia ni. Tegur jer nanges pulak. Dah 4 bulan keje pun still tak paham paham. Iron baju berkedut.. suh spray ngan air kata dah sudah. Tadi check spray tu dia longgok atas kotak kotak jer. Masuk dapur plak, nyamuk buat pesta muda mudi…. kantoi. Dia duk buat mesyuarat tingkap rasanya… tingkap tak tutup. Mana lah tak berpesta nyamuk tu. Nak kata memasak, mana ada memasak pun. Ader ekzos fan tu lagi. Buat apa bukak tingkap tu. Jangan sampai gua on alarm.. lu bukak tingkap pun berbunyi alarm tu. Nasib laa tak pandai tutup alarm. Kalau tak, dah lama gua onkan. Betul laaa ko ni Ida. Bikin hati gua panassssss jer.

Suh basuh porch, buleh dia jawap “saya basuh besok aja lah”. Tadi petang membongkang pulak tu. Porch tak basuh basuh lagi. Cara dia basuh porch kan..

  • Carik mana mana tompok/tempat kotor
  • Berus tempat kotor sahaja
  • Taraaa.. dah siap. “Saya basuh porch ari ni 2 jam”

Tak tensi ke korang? Dia jemur baju.. tak sempat pukul 6 lagi.. dah angkat. Alasan, dah petang. Padahal matahari duk terpacak lagi. Sudahnya… busuk towel gua. Marah ni.. marah.

Suh simpan barang dlm stor.. dia g campak ikut suka dia. Alasan “Itu hari kan mau cepat.. nanti saya kemas”. Naik giler lah gua layan dia ni… Mak… tolong laaa anakmu yang sedang membuyung ni.

“Terus terang saya katakan, saya suka kerja sama puan Nonie. Senang .. ” kata Ida 2 hari lepas. Sebab apa? Lepas gua bancuh air, gula dan bekas bekas semuanya gua kemas sendiri. Memang laaa senang… senang hidup ko kan?

Gua jawap “memang laa senang. tak banyak keje Ida kene buat kan? banyak laa masa nak membongkang tidur kangkang dalam bilik”.  Terus dia sengih kerang busuk dia.. ingat lu bodek bodek .. gua nak senyum senyum. Pigirahhhhh mabuk !

P/S : Jap lagi nak semayang terus. Mintak ampun dan menenangkan pikiran. Gua tengah panas ni… panassssss !

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs