Hari Jumaat aritu, memang takleh nak kemana. Semua tempat ramai orang belaka. Memandangkan dahlin’ pun tengah dalam happy mood, balik jer dari semayang jumaat tu.. lepas lunch and lepak seround. Kami suami isteri (phewiiittt) kuar jalan jalan dengan niat nak beli siap semua barang keperluan untuk si lil hazel ni.
Tup tup kedai di tuju tutup. Nak ke Parkson plak, waduh… ramai betul manusia. Last last dahling bawak ke belakang Pelangi Mall. Sungai apo tah namanyer. Ader cafe cafe tapi time tu tengah tutup. Ader orang main powerboat laju. Cam yang racing tu lah kan. Seketul tu jer ada pun… Ramai jugak yang melayan.. so, kitorang pun park n layan jer lah. Feeling tgk powerboat tu. Cewah.. tapi cam tak laju jer pun.

Powerboat kat belakang.
Tengok laaa boat tu. Cam laju jer kan? Abaikan hidung jambu yang makin membulat dan mengembang lately. Memang bila peknen, hidung mengembang ke ek? Adoi… Makin bulat lak tu.
Dah setel layan boat, cam lapar plak. Nak makan maner plak pun pening. Banyak betul orang kuar town ari tu. Ronda punya ronda. Park depan Moon Kopitiam plak. Terus sengih.. dah plan nak makan apa kalau datang Moon ni.

Layan layan Moon Kopitiam. Nyummm..
Pulut Mangga yang serius sedap. Pastu layan plakĀ Ice Lemon Honey and Cendol Pulut Tapai. Sedap jugak ni. Layan sekali French Toast. Nak g sana tak mampu. Layan roti dia pun jadiklah. Wakaaka.. Sedap nih! Tu menu yang ada. tak clear eh? Saja kecikkan gambo nih. Harga cun cun jugak. Kedai dia pun besh laa jugak. Bersih
Dah konyang. Ingat nak balik… tup tup ke pantai plak. Almaklumlaaa.. hari bermesra mesraan. Mesti laaa gunakan sehabis baik. Kitorang ke Pantai Irama kat Bachok. Woohoo… syioknya. Cam dating dating gitu. I like !

Mak Buyung gembira kene angin laut
Ombak besar jugak time ni. Nov – Mac dilarang mandi tau. Ombak besar, bahayos. Angin memang kuat betul. Sampai sejuk dibuatnya. Berdiri bulu bulu ku. Penuh orang kat sini.. lepak berkelah ada, lepak layan sorang sorang pun ada, yang makan colek pun ada. Kitorang tak layan lah colek sini sebab rasa cam tak besh jer. Kat PCB jer sedap layan colek ni. Ado kacang mesin. Buh dalam sos colek tu. Perghhh.. syahdu jer rasa. Kat sini ada jual mende besh. Wahahaha..

Rokok rokok manis :D
Dulu dulu time kecik kecik, ada jual rokok chewing gum. Besh.. wahahaah. Syyhh.. tau dek mak, kene marah nanti. Time tu tadika, dapat laa duit sekolah.. time balik singgah kedai keli** batu 4, pd tu.. pastu beli rokok chewing gum. Ya rabbiiii.. dari kecik rupanya perangai gua tak semenggah. Wakaa..
Yang ni, candy. Kene gigit gigit. Manis lah jugak. Kelakar rasa. Satu kotak tu 50 sen. Beli kat Pantai Irama tu lah. Ada kiosk jual candy lah, pelampung lah. Macam macam dia jual. Hebat.
Malam tu pulak… rahsia. Wakaakaaaaa..
P/S : Lately, asek ngantuk jer. Tidur mesti lebih lebih. Pastu, asek dahaga n lapar jer. Next check up on the 30th Dec ni. Hopefully, more great news lah dari dr. Tak sabor mak !

Recent Comments