Advert
Archives
Categories
Recent Comments
Calendar
December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
My Bookshelf
Kakakdegil's bookshelf: read

Halfway to the GraveDead Until DarkThe Memory Keeper's DaughterMy Sister's KeeperTwilightAlice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass

More of Kakakdegil's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists
Random Photos
Iklaneka


Archive for December, 2009

Hari terakhir 2009

Selamat Menyambut Hari Terakhir 2009. Wahaahaha..

1st time nak sambut tahun baru di KB ni. Ada sambutan ke? Memang macam takder laa. Takper tapi… dalam keadaan asek sakit sakit perut n tulang tongkeng ni, tak mampu nak beramai ramai membuat aktiviti sambt menyambut ni. Tak larat dah.. Kut nanti kene sigong dek orang ramai, terberanak plak tengah tengah pesta tu haa .

Nak dapat new year baby pun memang tak lah kut. Takda tanda tanda kuat lagi untuk cik kacang menyambut tahun baru bersama sama. Hopefully, tak lama lagi lah. Cam ada sket ketidaksabaran jugak ni.

Sepanjang 2009, macam macam peristiwa ‘hari ini dalam sejarah’ berlaku. Benda-benda yang kita tak pernah terpikir pun akan terjadi dalam hidup kita. Tapi setiap kejadian tu, ada hikmahnya kan. Tuhan buat sesuatu mende tu, ada hikmah untuk manusia.

2009

  • Mendapat royalti untuk penjualan Alpha Lipid. Alhamdulillah sangat ni. Duit dapat, badan pun sihat. Aummm..
  • Turun berat yang menggembirakan. Siap bleh pakai skinny jean. Bahagia lah.. bukan senang sangat nak turun berat ni.
  • Perm my hair, colour my hair and cut my hair. Bagus kan? Bab potong rambut tu cam ketagihan dah. Takleh tgk panjang sket, idea nak memotong tu mesti kuar. Ngok ngek tulll !
  • Berita paling menggemparkan “Pregnant”. Paling besh plak, dahling husband yang suspect kata pregnant. Huhuh.. 15th May 2009.
  • Bila start di rundung kesedihan yang berpanjangan. Berkenaan lil Hazel. Syukur, kepercayaan pada Tuhan membuahkan hasil. Alhamdulillah lagi sekali.
  • Pindah rumah yang lagi selesa. Syiok plak tu. Takyah risau pasal rumput tak terpotong. Wakaakak..
  • 3rd Wedding Anniversary. Thank you dahling.. Spend our night kat Royale Bintang. Seberang jalan jer pun tapi besh jugak la. Gaduh gaduh pun, dah 3 tahun dah kiter kawen ek. Terharu ai..
  • Dapat maid yang tak tau nak cakap apa. Adoi laa.. Pening kepala jer bila teringat pasal dia ni tau.
  • Dapat anak sedara ke-4 (kak long’s). 09-09-09. Cantik eh date? Jeles mak ngah tau..
  • Sedih sangat, terpaksa let go Cleo & Moei. Tapi takper, mummy baru diorang pun caring gitu. Gemuk dah si Moei eh.. Tinggal Miewt sorang jer. Bukan let go pasal apa.. ada sebab terpaksa let go si tino 2 orang tu. Sedihnyaaa..
  • 1st time masak beriani. Wahaha.. tu pun nak masuk list ka? Sedap sangat.. tu yg masuk dlm list ni.
  • 1st time raya di rumah sendiri. Syahdu sangat beraya ngan suami tercenta lagi hensem tu. Eh, si ida rocker pun ada jugak. HUh !

Banyak lagi sebenarnya .. kecik kecik perkara pun mesti ada tinggalkan kesan walaupun sikit dalam hidup kiter kan? Nak jot down seketul seketul kut terus bersarang orang yg nak baca tu. Nak tau lagi, mai tanya sendiri lah eh.

Apa pun, 2010 memang di tunggu tunggu sangat. Insyaallah, bertiga pulak nanti. Takder laaa any big plans pun sangat. Yang paling di tunggu tunggu, mestilah hidup bersama dahlin n si kacang Hazel pulak. Cuba menjalani hidup sebaik mungkin as a wife, mommy and daughter jugak. As a muslim pun yer. Banyak sangat bende yang terlalai.

Harap harap 2010 memberikan lebih dari yang dihajati. Amin..

9 mths and 5 days. Last self photo for 2009

9 mths and 5 days. Last self photo for 2009

Dahling kata gambo ni senyum tak ikhlas. Mungkin sebab mulut tak cukup luas time senyum ni. Hihihi..

P/S : Syahdu plak rasa nak tinggalkan 2009 ni. Bukan syahdu pasai pa pun.. pasai naik lagi setahun umur ni. Auwww.. dah tua ..

Syukur Sangat

Alhamdulillah…

Selalunya everytime g check up pewot ni ha, mesti nervous. Tau sajalah kan bila dah pernah menanges time check up baby, mesti start daripada tu.. hati berdebar bila nak check up. Walaupun dr dah bagi gerenti baby insyallah sihat, rasa nervous mesti ada kan?

Cam biasa, g berdua ke Perdana Spital tu. Jumpa Dr Awang yang best. Timbang berat semua. Ok, dalam masa 2 minggu, berat naik lagi 500gm. Besh eh? So genap laa 80kg. Wallaaaa weh. Baby plak naik 200 gm within 2 weeks. Berat 2.4 kg lah si kacang ni skang. Dr kata normal tu. Meaning, babyku kiut lah ni. Tak besar sangat and tak terlampau kecik. Bak kata dr, besar sangat nanti susah plak nak beranak. Siap berciter pasal budu bagai. Blood pressure pun bagus. Lega sangat.. baby pun ok. Healthy..

Dah check semua, kesimpulan dia.. takkan deliver lagi within this upcoming week. Dr kata nak g Kuala Krai pun boleh. Apa ada kat Kuala Krai? Pelik! So, rileks lagi lah ni. Bleh laa gua bermesra mesraan laki bini lagi. Wowwww.. syiok !

P/S : Tak sabar plak rasa. As long baby sihat .. tak kisah laa bila nak deliver. Oh.. si kacang ni suka sangat kangkang dlm perut. Tau laa luas .. br pun asek laaa bagitau kata ada pepet. Wahahaha, dah tau lah tuan doktor. Malu anak ai tau..

Aper yang terbaru eh?

Hari ni lepak rumah. Lepas maghrib baru kuar. Takder mende nak beli dah except for kain batik. Wallaweh.. cam terer jer pakai kain batik kan? Hihihih..

Ke KB Mall. Round round, beli mittens & booties lagi, beli sepit rambut lah.. beli mende mende tah. Lalu depan Nespure ni.. dah lama tingin nak try bird’s nests. Ari ni, jenguk jenguk.. beli Stewed Bird’s Nest with Rock Sugar. Tak sabar betul nak layan.

Sarang Burung yang telah di stew dengan gula batu

Sarang Burung yang telah di stew dengan gula batu

Dia tak manis sangat lah. Good for those with asthma, yang batuk n tengah pregnant. Ader jugak yang di campur sea coconut. Rasa next time bleh try yang tu plak. Dia pun ada macam macam menu lah yang di masak di campur ngan bird’s nest ni. Tak pernah try laa plak : }

Untuk more info : NESPURE

Dah balik, FIL ada belikan something from Rantau Panjang plak. Bila masa dia g sana pun tak tau. Dia belikan jambu epal. Buatan siam lah. Cam pelik. Mempelam epal tau lah. Ni jambu epal plak.

Jambu epal yang dah di tokak. Wakakaka..

Jambu epal yang dah di tokak. Wakakaka..

Kiut ek. Maafkanlah kesan tokak gigi 2 ketul tu. Gigi depan punyer bekas.. mak ngai. Dah cam gigi kuda yang tokak jambu tu. Ni buah jambu tau. Diorang buang kulit cantek cantek, n warna hijau. Takder rasa apa pun, cuma jambu dia memang manis n sedap sangat. Thanks dad !

Malam tadi ni plak, tengah elok main surf surf tenet.. bangun jer dari kerusi, kaki kana lembik tiba tiba. So, tak balance n terjatuh laa plak. Nasib dengan skill asek-jatuh-24-jam yang ada ni, bleh laaa jatuh doggy style. Cewah ! Punya beria nak elak hempap perut lah ni. Sakit lutut memang tak terkata sangat. Boleh plak kene marah ngan laki sendiri. Cesss… ingat orang suke suke nak jatuh ala doggy style ke? Tak sengaja laa.. mana nak bajet kaki bleh lembik tiba tiba plak. Huh!

Nasib laa dah berbaik semula. Baru ingat nak memboyot lari dari rumah. Balik KL semula… huhuhuh. Emosi lebih sekejap tadi. Ni dah ok. Dah dapat upah dah. Dia bawak g jalan jalan tgk kubur tengah malam tadi. Scary mary gua seround !

New layout

New layout

Di akhiri dengan layout baru. Cam takder keje kan? Memang pun .. wahahahah..

P/S : Senak perut dah ni. Adoi.. tak sabar nak check up on the 30th ni. Camner laaa dak Hazel tu duk dalam pewot ni ha.. :D

Membunuh Masa Lapang

Duk kat KB ni, memang banyak betul laa masa lapang yang tak diperlukan. Tidur lebih dari cukup, nak kuar pun dah tak larat kalau hari hari. Makan pun dah di readykan oleh my dearest MIL. Mengemas memang tak laa. Tengok tv pun asek citer yang sama. Plan aritu nak bawak balik vcd jepun beberapa drama pun tak teringat. Adoi.. WDTV dahling pun dah nak abes tgk laa plak. Rindu nak berscrapbook pun ada ni.

Baru 5 pages jer pun :p

Baru 5 pages jer pun :p

Ni antara yang terhasil aritu. Time rajin lah ni. Buat kecik jer 6×6. Kalau besar cam malas laa sket kut. I guess i’m a minimalist kut. Aritu, ingat nak bawak balik laaa segala tok nenet moyang barang yang diperlukan utk berscrapbook kat sini. Bila pikir balik, bukan sket. Photo printer memang wajib dah. Tak campur kotak kotak embelishments lagi. Perghhh.. serabut kalau bawak balik semua tu. Masak gua !

Boring boring aritu, teringin laa plak nak buat scrapbook. So, godek godek n ingat nak belajar digital scrapbooking lah plak. Pakai PSE 7.0 jer lah. Itu pun gagap gagap. Wahahahaa.. kesian kan? Malu nak mengaku pernah belajar IT. Siap berdegree bagai.. malu jer :(

Sapa yang terjebak dalam digital scrapbook ni? Mai laa ajar hamba yang tak berapa nak hina ni. Baru merangkak lagi ni. Penat duk mendownload macam macam ni. Sket jer baru.. bahan bahan yang ada pun. Dok download dari ShabbyPrincess ni. Buleh la setakat ni ada 3-4 layout dah. Syiok jugaklaaa bila dah siap. Ngeee ~~~

Yang ni time baru belajar. Maafkan lah topik layout yang agak perasan tak-bleh-blah tu

Yang ni time baru belajar. Maafkan lah topik layout yang agak perasan tak-bleh-blah tu

P/S : Sapa pandai guna Photoshop Elements 7.0 eh? Lagi, tolong rekemen buku buku citer yang menarik boleh tak? Boring takdak dah ni.. aiyarkkk..

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
Tabita Skincare

: Exclusive Set !

Contact me : kakakdegil@gmail.com

Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs