Advert
Archives
Categories
Calendar
November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
Instagrams
 

Archive for November, 2009

Nervous sampai ke tulang tongkeng

Maner tak nervous.. sorang demi sorang rakan seangkatan dah selamat melahirkan baby masing masing. Congrats to Kinkin (Milkberry) and Aida. Kinkin selamat melahirkan seorang baby boy bernama Jibril Hiroki seberat 3.93 kg. Alhamdulillah for you kinkin. Aida pulak belum tahu updatenya. Insyallah .. semuanya ok harap harapnya.

Me.. this coming friday, ngam ngam lah 32 weeks. 8 bulan gitu. Kejap jer kan. Rasa cam dari hari tau pregnant sampai skang ni… cam still tak percaya ada baby kiut duk dalam tummy ni haa. Skang ni lagi lah… biler di panggil jer.. laju menguek nguek dalam perut. Alololoooo… suka buat memi rasa terharu tau. Cam nak nanges. Owh hazel… memi loves you ..Berat skang dah 75kg. Besh lah.. Hazelnut plak 1.4 kg. Itu last week punya timbangan lah. Siap kene amek darah plak tu. Besok baru bleh amek result darah tu. Harapnya semua ok..

Emo seround lah pulak. :P .  I’m still di KB yang sejuk sokmo ni haa.. Sampai lah 3rd Dec ni baru balik kl. Banyak bende nak di setel plak kat KL nanti ni. Siap dah buat jadual siap siap sebabnya on the 15th tu dah nak balik KB balik. That time, balik memang nak standby terus sampai delivery ler. Ini pun banyak bende belum beli lagi. Ader sket mende nak kene beli kat KL and mende lain .. beli kat sini jer. Nirwana Maju .. phewitt. Nama pasaraya tu. Cam nama kedai mamak kan? Depan tu .. ada jual Lok Cheng plak tu. Mende makan lah.. nanti next next entry gua citer pasal Lok Cheng ni. Sodap lah jugak.

Next week nak g check dr plak lagi.. utk amek surat nak balik KL lah. Nak naik flight.. takut satgi takdok surat, sudah.. tak leh nak balik KL plak nanti. Windu kat bilik.. windu kat rumah.. windu kat Miewtttttt !!!! Windunyer…

P/S : Still dalam mood hibernasi. Asek duk atas katil jer ni.. sedapnyaaaa. Nikmat duniawi… Sambil baring, nervous masih dirasa. Tulang tongkeng pun nervous jugak ni.. adoi..

Mengisi Perut Yang Lapang

Bila dah sampai Kb ni, sessi makan makan sampai hilang akal pun bermula lah. Tak kira lah, musim apa pun. Makan kena makan kan? Musim hujan ni lagi laaa menjadi jadi. Perut ni asek lapaaaa jer. Tak kira pukul berapa pun. Asyik laaa nak makan. Gile kan? Memang kadang kadang nafsu makan ni dia naik syeikh sket. Tak kira time.. time makan orang Jepun pun dia nak ikut jugak. Sudahnya.. pukul 3 pagi duk ada di kopitiam kat KB nuh. Besh naa..

Kali ni nak bawak korang semua g Hayaki Cafe plak. Besh jugak laa cafe ni. Dulu dulu pelik jugak apasal laaaa meriah sangat cafe ni. Ingat kaa pasal trend lah kan? Cam kat KL, asyek laaa layan kopitiam. So, semalam lapa lah plak. Nak g PCB, hujan hujan ni .. kopok gote cam tak berapa nak fresh laa plak. Tak sodap sangat pun banding selalu… so round round KB lah carik kedai makan kut kut ada yg besh bleh layan. Aritu layan satay Jawa pun tak berapa nak Jawa dah. Tak sesedap dulu.. maybe time musim hujan ni… pakat takdak mood nak masak sedap sedap kut ek? Duk tingat katil ngan selimut jaaa ha.

Round punya round.. tup tup dahling kata try Hayaki tu laa. Mana tau.. kut kut sedap kaa. Kami pun ke Hayaki Cafe kat Jalan Dusun Raja.. bukak 24 jam tau ni.

Ni Hayaki Cafe yang di seberang jalan. Dua dua corner dia kongker ni. Tamak betui !

Ni Hayaki Cafe yang di seberang jalan. Dua dua corner dia kongker ni. Tamak betui !

Dia kongker dua dua corner lot. Tak tau apa beza sebab tak pernah pegi pun yang belah nun. Time amek gambo ni baru duk renyai renyai manja. Lepas tu jer.. terus menderas hujan.. sajer nak kasik sejuk time orang nak tidur. Semalam yang hangat… phewittt !

Di Hayaki.. Makan time hujan.. syiok stim

Di Hayaki.. Makan time hujan.. syiok stim

Nasik lemak dan french toast dan errr.. mak buyung mata ‘smokey’ di Hayaki. 2 round tu layan Hayaki dalam satu malam. Mula mula kul 10 mlm gitu.. makan nasik lemak n french toast tu. Pastu pukul 2 am plak.. satu kali round plak. Perghhh… inilah hikmat, inilah nikmat.

Menu di Hayaki. Harga pun ok.

Menu di Hayaki. Harga pun ok.

Nasi Hayaki tu pun bleh tahan sedap lah. French toast dia plak 4 tingkat ok.. ada madu, butter, dlm tu ada peanut butter plak.. macam macam ado tapi memang besh. Nak nak panas panas.. perghhh ! Puas hati dan jiwa raga lah.

Duk tulis ni pun cam tingin nak g makan pulak. Lapa ni.. dahling plak takdak. Dia g berhuha ngan besfren dia. Nasib laaa gua sedang rileks rileks.. siap suh lagi g jumpa kawan dia tu. Baik kan isteri dia ni? Tapi tiba tiba boring plak.. duk sorang sorang sejuk sejuk.. Hihihihi.. Balik laaaa abe….

P/S : Next week dah 8 bulan dah. Berat dah jadik 75 kg. Hebat jer rasa… Cam ada bantal kat perut ni.. hihi.

Dari KB with hujan

Haaa.. selamat sampai ke New Castle (phewitttt…) petang semalam. Nasib tak hujan time sampai tu. Cuaca pun molek jah. Eh.. terkeluar pelat kelate pulak doh.

Dalam flight, agak pening lah. Maybe sebab terlambung lambung di dalam awan yang tebal tu… baby pun asek berpusing makanya…. perut ni agak senak seround dua round. Sampai sampai.. terus terbaring. Malam baru lah kuar kuar cari makan bersama dahling.

Tak tinggi sangat pun... tp agak pening lah..

Tak tinggi sangat pun... tp agak pening lah..

Teka mana kitorang g carik makan? Maner lagi kalau bukan di bawah sinaran bulan di tepi laut bergelora.. PCB lah. Makan colek … sedapnyah. Tapi tak sesedap aritu.. maybe sebab laut bergelora so tak berapa nak fresh kopok gote tu pun. Tapi masih sedap… timun pun abes. Time balik… hujan pun turun.

Kedai kitorang selalu lepak makan colek kopok.

Kedai kitorang selalu lepak makan colek kopok.

Sampai skang, masih tak berenti lagi. Huhu…. sejuk jer nih. Tegak abes apa apa yang patut. Rasanya, besok ok kut.

Eh, tadi g check up. Dah nak masuk 31 wks. Jumaat ni ngam lah 31 wks dah si Hazelnut ni. Sekejap jer kan? Dah 1.4 kg dah si cinonet ni. Dr tengah scan, dia bleh buat headbangin’ plak dlm perut ni. Duh ! Ukur peha semua.. alhamdulillah… semuanyer normal. Insyallah .. kalau semuanya still ok cam ni.. buleh beranak normal lah. Tadi jugak kene injek amek darah. Takut kejap lah.. dah lama tak main inject inject ni. Timbang berat jugak. 75 kg.. wahahaha. Next week, amek result darah.. pastu, amek surat nak naik flight balik kl plak. Next check up, 16th dec. That time, dah balik KB utk preparation bersalin lah. Huwarghhhh…. berdebar debar nih. Sampai rasa vibrate kat dada ni.

Aper pun, congrats to Aida and good luck to Noor. Tak sabar nak jumpa jumpa lagi… x0x0 girls.

P/S : Entry ni sepatutnya muncul hari selasa tapi sebab bz berhibernasi di musim hujan ni.. ari ni baru kuar. Eh .. my hazelnut dah 31 weeks. Next friday dah 8 bulan… woohooo..

Mothercare BSC last kopek

Hantu kopekkkk… ( . Y . ) Wakakaakka

Tak bek melucah lucah ni. Hepppp. Ni minta maaf sangat pasal terlambat untuk info pasal MC sale kat BSC. Berakhir 15hb Nov, rasanya kalau ada antara korang yang mencarik carik barangan bayi berkualiti tp murah, why not jenguk MC di Bangsar Shopping Ctr. 20 hb pun dah start sale tapi tak rasa sebest ini lah.

Few days ago pun, pergi lagi. Dengan husband polak. This time belanja lebih sket la. Ngam ngam dapat jadik member kat sini. Boleh laaa dapat diskaun + point next visit nanti.

Barang barang yang di rembat lagi dan lagi.

Barang barang yang di rembat lagi dan lagi.

Semuanya ada diskaun lah exc. utk barangan Tommy Tippee tu. Kali ni beli sleepsuit, pump tetets, botol, food warmer, carrier baby, diaper bag, n 8 pcs set lagi ngan blanket baby. Alololooo.. kiut sangat blanket dia. Softttt sangat.

Semua soft jer. This time dahlin pilih.

Semua soft jer. This time dahlin pilih.

Yang bawah sekali tu blanket. Sedap sangat kainnyer. Dapatlaaa 10% disc. Sleepsuit tu plak dari RM109, dapatlah RM69 jer. 8 pcs set tu plak, harga asal RM160, dapat RM80 jer. Kire murah kan?

8 piece gift set.

8 piece gift set.

Version pink kaler pulak

Version pink kaler pulak

Ada sleepsuit, jumpsuit, baju sejuk, long pant, shirt, hat, mitten n bib. Ader kaler biru utk boy jugak. Memang kiut sangat.. 1st time nampak dah berkenan tp a bit mahal lah time tu. Dah alang alang ada diskaun ni, cam ok lah price dia kan?

Sleepsuit yg macam utk boy tapi berkenan jugak dan terpaksa beli

Sleepsuit yg macam utk boy tapi berkenan jugak dan terpaksa beli

Sleepsuit ni di beli sebab ada diskaun jugak lah. Macam utk baby boy jer kan? Arghhh.. tak dulik. Hati dah berkenan sangat so beli lah. Nak pakai tidur jer kan? Uniknya sleepsuit ni.. kat lengan baju tu ada mitten sekali tau. So, takyah buh mitten asing dah. Dia ada di hujung lengan tangan tu.. cam ada pelipat sket. Masukkan tangan baby yg kiut tu dlm tu. Agak panjang sleepsuit ni sebab kitorang bukan beli for newborn tp 0-3 mths.

Untuk korang yang sempat baca entry ni.. 15hb ni last day untuk diskaun sempena hari pembukaan Mothercare di Bangsar Shopping Ctr. Tak rugi g jenguk jenguk..

P/S : Tekanan darah di jangka naik sebab ida rocker nyer pasal. This time memang menyirap sangat dah ni. Gerammmmm laaaa wehhh !

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs