Archive for » November 25th, 2009«

25
Nov

Dah nak raya kan? Sekejap jer… cewah. Cam nak menyambut raya aidilfitri plak.

Selalunya, time raya balik ke KB time raya. This time kan balik awal.. last week dah ada kat sini. So, sempat laaa tgk apa yg orang cakap pasal raya haji meriah sangat kat Kelate ni. Rupanya memang meriah noks. Dari last week, kat mana mana pasaraya bleh dengar lagu raya. Memang lagu raya tau.. cam nak sambut raya aidilfitri gitu. Kagum gua kejap…

Rupanya memang meriah lah. Siap budak budak dibelikan baju raya. Perghhh… syiok betul gini. Hari ni plak, dah start ramai orang kat pasaraya. Yelah, membeli barang keperluan nak beraya rasanya. Beli lauk pauk ke.. cewah. Tadi pun plan nak ronda ronda ala datuk bandar kat Nirwana Maju pun terbantut. Takdak parking plak.. ramai betul rakyat jelata kuar mengabeskan duit arini. Hari ni pun cuaca bagusss dok ada. Tak hujan langsung. Kering lah spender yang penuh penyidai tu. Wakaaaa..

Lusa jugak ngam baby Hazel gua 8 bulan dalam perut ni. Normal ker kalau kurang dah gerak ek? Risau jugak ni. Semalam, satu hari terbaring… serius perut rasa sakit sampai ke belakang. Cam nak nanges. Biler tidur.. ilang plak sakitnyer. Ke sakit nak terbongkang jer ek? Wahahaah.. sakit alasan nak baring jer. Tadi jugak, Dr Awang dah call pasal result blood test. Alhamdullilah laa.. dr kata semuanya molek jah. 1hb ni baru amek result tu sekali ngan surat cinta untuk naik flight ke KL. Hopefully, takder mende lah. Kut naik MAS, besh jugak kalau beranak atas flight. Ni takat naik Fireflyz.. tak syiok jer. Sempit ! Nasib murah.. hihih.

Pagi raya, cam takder plan. Maybe makan makan di rumah rumah berdekatan jer. Raya kedua plak, baru g tengok korban. Dahling ada beli part utk korban plus kat situ nanti ada makan makan. Wahahaahha.. part makan ni memang rugi kalau tak join. Pastu, raya ketiga plak, ada buat makan makan plak kat umah mertua ni. Sekali ngan kenduri doa selamat (kalau tak salah laa.. eh?).

3rd Dec plak.. yahooo.. balik rumah. Kejap pun jadiklah. Windu kat katil, windu kat umah.. windu kat lil monsters di rawang. Windu semua except Ida rocker.. :P

P/S : Dahling kuar jumpa kawan. Ari ari kuar.. menchik. Dah laa orang tingin nak makan bubur kacang hijau ni. Adus… tinginnyaaaa… tolong !!!

25
Nov

Aritu ada citer pasal Lok Cheng kan? Rupanya.. Lok Ching lah. Salah eja plak. 1st time makan ni seumur hidup. Ni pun sebab kawen ngan orang kelate ni. Kalau tak, sampai ke mati lah memang tak kenal Lok Ching nih.

Time tu pergi ke Nirwana Maju (KK Square). KK Square tu Kubang Kerian Square lah.. cewah. Ok lah jugak pasarayanya. Besh jugak. Murah murah barangnya. Ada jugak kedai kedai jual jajan .. Kuar jer ikut main entrance, eh eh.. ada dua motor jual something. Dahling dah gembira gembira. Rupanya… ni lah sate ikan a.k.a lok ching yang dia dok citer selama ni.

Satu batang 10 sen jer. Ader dua jenis kuah… manis and pedas. Pilih lah yang mana suka. Pedas dia takder laa pedas mana pun.. masih manis jugak. Dia cam sate ikan.. cam fish ball kecik kecik jer bentuknya. Di bakar cam sate jugak.. pastu di buh dlm plastik n di curah ngan sos yang di pilih. Nyummm…. sedap jugak tau.

Lok Ching berhadapan Nirwana Maju.

Lok Ching berhadapan Nirwana Maju.

Gambar atas sekali tu rupa Nirwana Maju depan HUSM. Dua tingkat.. kat atas tu pasaraya lah. Murah juga cuma sempit sket. Bawah ada kedai kedai macam macam. Kecik jer tempatnya tapi ok lah. Macam macam ado. Bawah tu plak gambor pakcik penjual Lok ching yang ala ala A. R Tompel. Serius tak tipu.. ramai jugak orang beli lok ching ni. Murah sangat.. beli 50 sen pun dah kenyang. Dapat lah 5 cucuk. Dia jual gak sosej yg di potong.. di bakar jugak cam sate.

Sekian info kali ni untuk lok ching. Nyummmm….. sila menjamu selera. Cewah..

P/S : Next entry pun pasal makan makan lagi. Maner lah tak asek terkentut jaaa…. baru nak berpeluk (hujan hujan ni kan), dah terproooott… Ya ampun suami, sebab memotong stim mu itu. Wakaaa..

Related Posts with Thumbnails