Archive for November, 2009
Berkorban
Bukan laaa dahsyat sangat pun. Saja tajuk mau kasik gempak. Berkorban konon..
This year cam selalu, dahling pun join buat korban ni. So, pagi pai raya kurban ke-2 dah ke sawmill untuk tgk lembu yang bakal dikorbankan. By the time sampai, lembu yang pertama dah selamat tumbang ke tanah. Tinggal lembu ke-2 jer. Gambo takdak pasal dahling tak kasi tgk. Orang pregnant takleh tengok ke eh? Tapi takper.. sebab lately ni asek sedih jer bila tgk binatang. Miewt.. me miss you… :(. Lepak dlm opis kat sawmill tu jer. Layan layan borak sket.. then, makan time. Yahooo.. tp agak frust. Nasik lemak dia tak sedap. Hihihi..
Lama jugakla tunggu kat situ sebab nak tunggu pembahagian daging tu. Sempat makan sekeping daging bakar yang akhirnya amat dikesali sebab lepas tu.. tekak start loya n terus pening kepala. Sejak bila gua takleh makan daging bakar plak eh? Weird ni !

Apple n Pinky with their Auntie Nonie.
Apple n Pinky ni anak my 2nd SIL. Bukan kembor .. selang setahun jer. Yang nampak gigi tu (apple) 7 y.o and lagi sorang tu gigi rongak (pinky, dia cakap tak cantek kalau senyum) is 8 y.o. Yang kat belakang tu dah bertahun tahun y.o dah. Wahahahaha. Eh.. gilo berkilat hidung tu. Tak cover langsung.

Orang membahagi daging korban. Ni pun pakai zoom zoom zoom jer.
Ni dah time nak balik. Zoom dari jauh jer pun. Nak g dekat cam takder perasaan plak. Yg timba timba merah tu semua nak buat bekas isi daging korban. Banyak lah jugak. Bahagikan ikut kg. Balik rumah, bahagikan lagi. Sebab besoknya tu ada buat makan makan kat umah ni. Gambo makan makan takder di amek plak sebab dahlin start demam n tak sihat manakala ur truly ni lately asek laa sakit kepala sokmo. So, dua dua terbaring jer the whole day. Sedih kan?
Besok ada appt dr lagi. Nak amek surat utk naik flight balik ke KL this Thursday. Owh.. windunya kat katil besar kaler dark choc tu.
P/S : Sakit kepala menjadik jadik. Tak campur ngan sakit pinggang lagi. Bahagianyaaaaa hidup !
Selamat Layan Daging
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Di mana jua anda berada pun.. meriah atau tidak pun.. still laa kan hari raya. Eh, sambut hari raya ni… kene salam salam mintak maaf tak eh? Minta maaf kat lembu jer laa eh. Wakakaka…
Hari ni pagi pagi lagi dah ke rumah mama. Kakak kepada FIL. Dia ada buat makan makan. Menu simple.. nasik dagang ngan lauk ayam n ikan, kek kek dan kuih kuih tradisional kelate. Sedap lah jalo emas tu. Nasib lah perut masih kenyang layan prosperity burger kul 3 pagi tadi. Kalau tak, harus licin kuih tu. Tadi jugak, semua orang pakat laaa usap usap perut kiut ni haa.. soklan biasa lah. Bila due nya? Sekali, dahlin’s cousin pun pregnant jugak. Due date dia 21st Jan, me 22nd Jan. Besh ke? Dia pun expecting girl plak tu.. huhu. Dah semua plak sama.. tadi pun husbandnya sama ngan dahlin.. baju kelabu asap n wifey plak sama baju with me. Jubah hitam laa plak.. Sesuatu nih ! Misteri nusantara plak..

Dok ceduk air sedap.

Sempat posing ok. Wakakaa..
Gambar kurang memberahikan. Malu nak bukak flash. Wakakaka… tiba tiba baru tersedar, ada jugak sifat pemalu eh. Malam ni ada lagi makan makan. Kat umah SIL plak. Nyum.. menu yang dah tau, kek lapis and sate. Yang lain lain tak tau lagi.
Besok pagi plak baru g tgk korban. Adus… sedih plak nanti kalau lembu tu menanges.
P/S : Camner raya korang? Meriah tak? Kalau tak meriah.. meh meh.. kawen org kelate. Hihihih..
Lusa
Dah nak raya kan? Sekejap jer… cewah. Cam nak menyambut raya aidilfitri plak.
Selalunya, time raya balik ke KB time raya. This time kan balik awal.. last week dah ada kat sini. So, sempat laaa tgk apa yg orang cakap pasal raya haji meriah sangat kat Kelate ni. Rupanya memang meriah noks. Dari last week, kat mana mana pasaraya bleh dengar lagu raya. Memang lagu raya tau.. cam nak sambut raya aidilfitri gitu. Kagum gua kejap…
Rupanya memang meriah lah. Siap budak budak dibelikan baju raya. Perghhh… syiok betul gini. Hari ni plak, dah start ramai orang kat pasaraya. Yelah, membeli barang keperluan nak beraya rasanya. Beli lauk pauk ke.. cewah. Tadi pun plan nak ronda ronda ala datuk bandar kat Nirwana Maju pun terbantut. Takdak parking plak.. ramai betul rakyat jelata kuar mengabeskan duit arini. Hari ni pun cuaca bagusss dok ada. Tak hujan langsung. Kering lah spender yang penuh penyidai tu. Wakaaaa..
Lusa jugak ngam baby Hazel gua 8 bulan dalam perut ni. Normal ker kalau kurang dah gerak ek? Risau jugak ni. Semalam, satu hari terbaring… serius perut rasa sakit sampai ke belakang. Cam nak nanges. Biler tidur.. ilang plak sakitnyer. Ke sakit nak terbongkang jer ek? Wahahaah.. sakit alasan nak baring jer. Tadi jugak, Dr Awang dah call pasal result blood test. Alhamdullilah laa.. dr kata semuanya molek jah. 1hb ni baru amek result tu sekali ngan surat cinta untuk naik flight ke KL. Hopefully, takder mende lah. Kut naik MAS, besh jugak kalau beranak atas flight. Ni takat naik Fireflyz.. tak syiok jer. Sempit ! Nasib murah.. hihih.
Pagi raya, cam takder plan. Maybe makan makan di rumah rumah berdekatan jer. Raya kedua plak, baru g tengok korban. Dahling ada beli part utk korban plus kat situ nanti ada makan makan. Wahahaahha.. part makan ni memang rugi kalau tak join. Pastu, raya ketiga plak, ada buat makan makan plak kat umah mertua ni. Sekali ngan kenduri doa selamat (kalau tak salah laa.. eh?).
3rd Dec plak.. yahooo.. balik rumah. Kejap pun jadiklah. Windu kat katil, windu kat umah.. windu kat lil monsters di rawang. Windu semua except Ida rocker.. :P
P/S : Dahling kuar jumpa kawan. Ari ari kuar.. menchik. Dah laa orang tingin nak makan bubur kacang hijau ni. Adus… tinginnyaaaa… tolong !!!
Lok Ching
Aritu ada citer pasal Lok Cheng kan? Rupanya.. Lok Ching lah. Salah eja plak. 1st time makan ni seumur hidup. Ni pun sebab kawen ngan orang kelate ni. Kalau tak, sampai ke mati lah memang tak kenal Lok Ching nih.
Time tu pergi ke Nirwana Maju (KK Square). KK Square tu Kubang Kerian Square lah.. cewah. Ok lah jugak pasarayanya. Besh jugak. Murah murah barangnya. Ada jugak kedai kedai jual jajan .. Kuar jer ikut main entrance, eh eh.. ada dua motor jual something. Dahling dah gembira gembira. Rupanya… ni lah sate ikan a.k.a lok ching yang dia dok citer selama ni.
Satu batang 10 sen jer. Ader dua jenis kuah… manis and pedas. Pilih lah yang mana suka. Pedas dia takder laa pedas mana pun.. masih manis jugak. Dia cam sate ikan.. cam fish ball kecik kecik jer bentuknya. Di bakar cam sate jugak.. pastu di buh dlm plastik n di curah ngan sos yang di pilih. Nyummm…. sedap jugak tau.

Lok Ching berhadapan Nirwana Maju.
Gambar atas sekali tu rupa Nirwana Maju depan HUSM. Dua tingkat.. kat atas tu pasaraya lah. Murah juga cuma sempit sket. Bawah ada kedai kedai macam macam. Kecik jer tempatnya tapi ok lah. Macam macam ado. Bawah tu plak gambor pakcik penjual Lok ching yang ala ala A. R Tompel. Serius tak tipu.. ramai jugak orang beli lok ching ni. Murah sangat.. beli 50 sen pun dah kenyang. Dapat lah 5 cucuk. Dia jual gak sosej yg di potong.. di bakar jugak cam sate.
Sekian info kali ni untuk lok ching. Nyummmm….. sila menjamu selera. Cewah..
P/S : Next entry pun pasal makan makan lagi. Maner lah tak asek terkentut jaaa…. baru nak berpeluk (hujan hujan ni kan), dah terproooott… Ya ampun suami, sebab memotong stim mu itu. Wakaaa..











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


