Advert
Archives
Categories
Calendar
September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Instagrams
 

Archive for September, 2009

2009 Raya

Ok. This time nak buh gamba n citer lah camner kami orang beraya this year. 1st time beraya kat umah sendiri and kat KL ni. Mujur mak, abah n semua beraya kat umah kak long. Merasa lah raya kat sini. Kalau tak, for sure kene kelik sana nun.

Besh jugak raya sini. Cam tak raya pun ada. 1st day raya memang meriah lah rumah kak long. Second day raya, pukul 8 am, kitorang laki bini dah ada kat Giant Kota Damansara. Wakakakaka.. kelakar sket lah. Duk membeli barang rumah pulak. Bajet dapat lah ayam n daging fresh. Tup tup baik punya Ida rocker tu buat keje. Dia pi tinggai laa pulak daging ngan ayam tu dlm bonet kete. Dari pagi tu sampai ke pukul 6 petang. Awat tak hangen satu badan haaa.. buat keje nak cepat. Kalau ada 20 beg plastik barang dalam bonet tu.. semua dia nak angkat sekali round jer. Malas gamaknya nak ulang alik. Bukan duk rumah flat pun yang malas tu. Pelik sungguh laaa..

Berbalik kita ke cerita raya 2009.

Me with lil's sis and the 3 lil' monsters yang kiyut kiyut. Yesh.. kasik angpau raya.

Me with lil's sis and the 3 lil' monsters yang kiyut kiyut. Yesh.. kasik angpau raya.

Pagi raya, after sembahyang raya and makan cucur bawang ngan kuah kacang kat rumah (wahahaha.. besh tak menu raya?), salam salam mintak ampun maaf ngan dahling (oh! tak nanges walaupun hampir hampir. Maklum laaa..orang banyak dosa) kitorang ke Rawang. Waaa.. besh jugak laaa hiway tak banyak sangat kete. Bawak slow pun.. tak sampai 15 min dah sampai. Sempat beli lemang seketul tepi jalan kat area rumah kak long. Sampai rumah jer.. wah.. kacak abahku berbaju melayu kuning cair dan siap bersampin lagi. Kak long’s family theme color this year plak brown. Kachak pulak rasanya kaler coklat so plan kitorang, next year theme color utk raya will be brown jugaklah. Wakakaaka.. dah siap plan tau.

Main salam salam dulu n kasik angpow utk semua, then.. makan. Perghh.. mak buat ketupat palas yang sedap ya amatttt. Lemang pun gua tak sentuh. Ketupat palas pujaan hatiku sentiasa. Berapa tahun dah raya tak makan ketupat palas ni. Syioknyaaa… nak nak ngan rendang mak. Huhuhuhu…Gambor seme tak sempat nak amek pun. Raya kedua pulak, still ke Rawang. Mak masak beriani. Yummmyyyy. Pagi pagi dah bangun ke Giant sebab plan pun nak buat beriani. Pukul 8 am dah ada kat Giant. Apo cito? Wahahaha.. dapat laa beli daging batang pinang fresh and ayam. Tu yang si Ida rocker tu g tinggai dalam kete. Gilos.. sampai busuk. Bila tanya semua dah angkat ke? Siap kerek kerek jawap dah. Tup tup.. petang tu nak ke rumah kak long… perghhh.. bau ayam busuk satu kete. Betul laaa mencabar kesabaran. Nasib raya.. So, raya ke-dua lepak kat rumah kak long.

Raya ke tiga, beraya di Mid Valley. Boleh gitu? Boleh laaa.. hihihi. Gi cari barang sket sket.

Baju, sarung kopek, foundation and perfume untuk mereka yang memerlukan

Baju, sarung kopek, foundation and perfume untuk mereka yang memerlukan

Ramai jugak manusia kat Mid Valley time ni. Sesak jugak laaa. Jalan jalan ke Gardens pulak. Singgah kat Funky Mama utk carik sarung betik. Jumpa yang selesa dan berpatutan. Puas hati jugakla. Dapat jugak discount card utk next purchase. Baju pun ok ok jugak. Boleh laa pegi lagi nanti.

Raya ke-4, turn mereka mereka pulak ke rumah. So, petang sket diorang pun sampai. Siap bawak laksa tu. Yahoooo… sedap. Kitorang pulak saji KFC jer. Bagus tak? Abes, dah mak request nak makan ayam KFC. Cakap mak jangan di lawan. Hihihi.. hidang sket kuih raya n buah buah. Lepak sambil layan citer hantu Mati Suri. Tapi yang tgk semua penakut, so cerita di tonton tanpa suara. Baby Eriq pun ada… kiut jer tido. Gerammmm…

Start dari raya ke-4 tu, kehidupan kembali normal. Kitorang pun berdua duaan semula. Keluar berjalan jalan.. berdating, bershopping.. oh! indahnya hidup. Kan besh kalau hari hari bleh g shopping. Heaven tu… syurga donia..

Semalam pun ke Mid Valley lagi sebab nak carik something jugak. Siap beli mooncake dari Tai Thong. Memang lah sedap. Makan pulak karipap Homi ngan air mata kucen PS tu. Syiok betul rasa. Hari ni pulak ke OU. Carik mende lagi. Nak beli granny’s panties ngan baju untuk mak buyung ni ha plus carik barang utk orang jugak lagi. Hari hari berjalan kan? Eksesais kata orang. Takkan nak membaring jer kan walaupun baring itu indah.

P/S : Lapa nak makan rojak buah kat TTDI tu. Adoi.. tapi malas nak pegi membeli. Boring betul laa..

Selamat Hari Raya

ke-5. Wakakaka.. sori ler geng. Lambat wish plak. Cam terbz sket lately.. nak nak time nak raya. Sampai ke pagi raya tu pun duk buat kuih raya lagi. Nak bawak ke rumah kak long plak.

Citer citer raya akan mendatang lah. Bukan sekarang sebab ni entry terdesak. Boring plak asek nampak entry lama tu. Raya ni, pertama kali raya kat rumah sendiri, berdua laki bini kat kl. Tapi lepas sembahyang raya, terus ke Rawang. Meriah laa sket. My whole family ado kat sana. Bising ya rabbi. Dah lepas zuhur baru gerak balik rumah. Lepak lepak.. terus lena. Wahahaha.. nikmat di hari raya.

Me wif baby Eriq

Me wif baby Eriq

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni terutama yang masih membaca walaupun dah bertahun tahun. Kepada kawan kawan lama dan baru, blogger blogger yang dikenali, pembaca pembaca.. terima kasih dan minta maaf andai ada ayat ayat / bahasa blog ni yang agak mengecikkan hati atau kasar.

Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir dan Batin.

P/S : Kat mana ada jual lemang yang sedap?

Isnin yang hangat

Isnin aritu memang hangat. Hangat sampai berpeluh tiak ni haaa. Memang dah plan, banyak mende nak kene setel isnin tu. So, lepas sahur.. kunci jam. Bangun jer terus mandi n siap siap untuk ke destinasi. Phewittt.. destinasi tu. Main main..

Mula mula ke HP Svc Ctr tu. Hantar all in one printer tu. Takleh nak on plak tetiber. Ngoi betul. Nasib takyah amek number bagai bleh terus g kaunter tu. Sekali.. dah discontinued product so takleh nak repair. Diorang offer trade in untuk latest model tapi tetiber idea cerdas terkuar dari otak gua. Aper kater cik try on printer pakai adapter cik? Sekali , memang lah bernas betul idea tu. Memang adapter tu yang rosak. Oleh itu.. kalau ada di antara anda anda sekelian yang ada adapter printer HP yang tak digunakan, sudilah me’let-go’kan ia. Dah setel.. so bawak balik dulu lah printer takleh on tu. Nampak satu mamat melayu baik punyer layan rokok kat parking basement tu. Nampak gua memboyot sambil sangkut printer kat pewut.. terus masuk kete duk diam diam. Wakaa.. kekantolan betul.

Setel bab tu, terus ke Bangsar pulak. Dah lama tak mengemaskini kan bulu bulu di kening. Windu plak nak jumpa Veepa ngan geng kat sana. Tup tup sampai jer.. eh eh, Veepa dah beranak lah. Baby girl. Mak ngai.. lama betul tak jumpa dia. So, Malini jer buat threading. Semua terkejut tgk peyut ni haa. Kelakar betul.

Ni lah Saluga. Dah cantek tempat ni skang. Selesa sket lah kut..

Ni lah Saluga. Dah cantek tempat ni skang. Selesa sket lah kut..

Setel semuanya, jalan jalan dlm Bangsar Village II tu dulu. Dahling kasik extra money utk beli kasut raya. Hihihi.. mesti sebab dia malas nak ikut time beli kasut ni. Almaklum laaa.. susah sangat nak jumpa kasut yang ngam. Round round jumpa Envee. Butik cantek cantek ni. Masuk masuk.. carik maxi dress utk raya. Tailor cakap kain yang gua anta 2 bln lepas, gunting pun belum lagi. Perghhh.. sempat ke siap? So, planning masuk Envee ni nak carik backup lah. In case dress yg kat tailor tak sempat siap.. ada dress lain utk pakai. Sekali bekenan satu dress ni tapi mak ngai.. simple sangat rm300 gitu. Kain hitam kosong jer + manik manik bodo sket kat leher. Beli satu maxi dress bercorak retro hitam putih. Berkenan sebab nampak slim dan tinggi jer bile pakai. Perasan kejap time dalam bilik salin baju tu. Wahahahah..So, bajet beli kasut dah terkurang plak. Erkk.. harap harap ada kasut dlm balance tu lah.

Setel tu, otw balik.. singgah TTDI pasar ramadhan. Sekali, kuih fevret dahlin dah takder jual. Tukang buat kuih dah start cuti raya pulak. Adoi.. buang masa jer rasa. Terus nak balik lah.. sekali singgah The Curve dulu. Nak kene carik kasut raya jugak ni. Masuk MJ.. round round. Berkenan kat satu sembonia ni. Dah laa ada disc. Perghhh.. cantek kasutnya. Sekali teringat perut boyot.. takkan nak pakai 3″ heel? So end up beli satu kasut ala wedges. Takder disc tp still ok lah harga dia. Ader balance lagi duit tu. Wah wah.. syioknya. So, g Triumph. Yeyyyy.. beli spendo raya. Puas ati arini. Duit yang dahlin kasik nak beli kasut tu, gua bleh beli satu dress, satu pasang kasut ngan 3 lai spendor. Bijak tak berbelanja gini? Terasa cam bijak sangat arini.

Kasut raya, Baju raya ngan spendor raya... yahoooo.. sarung kopek raya jer takder lagi nih.

Kasut raya, Baju raya ngan spendor raya... yahoooo.. sarung kopek raya jer takder lagi nih.

Sampai rumah baring kejap.. layan mata dulu. Bangun tu.. tiba tiba.. mood membuat kuih raya mari lagi. Perghhh.. dahsyat kejap rasa. Check check bahan, ok .. ngam nak buat Sarang Semut plak. Taraaaa..

Sarang semut ngan warna warni rice.

Sarang semut ngan warna warni rice.

Sarang semut ngan choc rice plak.

Sarang semut ngan choc rice plak.

Siap ada 2 version. Hahaha.. sebab rice warna warni tu dah abes. Nak beli mana ada kedai bukak dah tetengah malam ni. Kat 7E ada jual ke barang buat kuih raya? Cam takder jer.. Cam biasa, buat kuih sambil layan radio. Syahdu sket dengar lagu raya sambil buat kuih raya. Baru ngam kan?

Berakhir lah Isnin yang hangat ni. Setel buat kuih dah pukul 7 am dah. Nasib lah dahlin kata sedap. Terus simpan satu balang dalam bilik. Dah macam macam balang kuih raya ada dlm bilik ni ha. Kalau bersemut badan time tido.. hah ! Padan muka. Hihihi..

P/S : Ari ni pun hangat jugak. Berpeluh butt crack mendrive tetengah panas tadi. Huh !

Biskut Raya Sulung

Naper entry ni tajuk begitu? Sebabnya ialah memang ni kuih raya 1st di buat untuk raya tahun ni. Alaaa..logik ka?

Kuih simple jer buat malam tadi. Start bebetul tengah malam. Biasa laaa.. versi Cinderella. Lepas midnight terpaksa duk kat dapur. Sama kes lah ni. Lepas tengah malam baru bleh buat kuih. Senang sket nak kecah kecahkan dapur tu. Biar padan Ida Rocker kene kemas nanti. Wakakakakaka…. i’m sowie.

Kuih terpilih kali ni ialah Biskut Arab. Ni pun pasal aritu dahling ada sebut sebut. Carik kat Giant, takder jual laa plak. Yang ada pun biskut makmur versi tak sedap. So, thanks to Hanieliza punyer fp.. amek resipi except saya punye tepung di goreng dulu. Kasi cam ringan sket lah kut. Pastu di ayak dulu. Senang di uli nanti.

Tepung Gandum, Minyak Sapi, Gula Castor dan papercup kiut kiut

Tepung Gandum, Minyak Sapi, Gula Castor dan papercup kiut kiut

Goreng tepun kalau rajin. Kalau malas, takyah pun takper. Tak berdosa kalau tak goreng pun.

Goreng tepun kalau rajin. Kalau malas, takyah pun takper. Tak berdosa kalau tak goreng pun.

Lepas digaul ngan semua bahan, asingkan dan letak pewarna kalau rajin jugak. Kalau malas, takyah..

Lepas digaul ngan semua bahan, asingkan dan letak pewarna kalau rajin jugak. Kalau malas, takyah..

Yang dah siap, di susun dalam tray. Letak ketigatiga kaler dan buat kasik bulat sebelum dimasukkan ke dalam papercup.

Yang dah siap, di susun dalam tray. Letak ketigatiga kaler dan buat kasik bulat sebelum dimasukkan ke dalam papercup.

Bakar dalam oven 180C untuk 20-25 minit.

Bakar dalam oven 180C untuk 20-25 minit.

Sejukkan dan buh gula kalau suka suka. Dah sejuk.. susun dalam bekas yg anda suka juga. Warning : Biskut ni lembut tau. Susun dengan cermat atau huduhlah biskut arab anda selamanya.

Sejukkan dan buh gula kalau suka suka. Dah sejuk.. susun dalam bekas yg anda suka juga. Warning : Biskut ni lembut tau. Susun dengan cermat atau huduhlah biskut arab anda selamanya.

Sekian lah edisi Biskut Raya Sulung 2009. Kalau biskut arab normal, maybe sekejap jer proses buat tp yang ni sket amek masa lah. Nak menggentel every kaler tu lagi tapi hasilnya.. cantek. Warna warni gitu. Dah cam rasta reggae reggae gitu. Rasanya.. yummmm.. sedap tu.

P/S : Seterusnya dalam buku resipi ialah Sarang Semut. Nyummmm

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs