Alpha Lipid

Photobucket
September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Categories

Archives

Where Moms Unite



2009 Raya

Ok. This time nak buh gamba n citer lah camner kami orang beraya this year. 1st time beraya kat umah sendiri and kat KL ni. Mujur mak, abah n semua beraya kat umah kak long. Merasa lah raya kat sini. Kalau tak, for sure kene kelik sana nun.

Besh jugak raya sini. Cam tak raya pun ada. 1st day raya memang meriah lah rumah kak long. Second day raya, pukul 8 am, kitorang laki bini dah ada kat Giant Kota Damansara. Wakakakaka.. kelakar sket lah. Duk membeli barang rumah pulak. Bajet dapat lah ayam n daging fresh. Tup tup baik punya Ida rocker tu buat keje. Dia pi tinggai laa pulak daging ngan ayam tu dlm bonet kete. Dari pagi tu sampai ke pukul 6 petang. Awat tak hangen satu badan haaa.. buat keje nak cepat. Kalau ada 20 beg plastik barang dalam bonet tu.. semua dia nak angkat sekali round jer. Malas gamaknya nak ulang alik. Bukan duk rumah flat pun yang malas tu. Pelik sungguh laaa..

Berbalik kita ke cerita raya 2009.

Me with lil's sis and the 3 lil' monsters yang kiyut kiyut. Yesh.. kasik angpau raya.

Me with lil's sis and the 3 lil' monsters yang kiyut kiyut. Yesh.. kasik angpau raya.

Pagi raya, after sembahyang raya and makan cucur bawang ngan kuah kacang kat rumah (wahahaha.. besh tak menu raya?), salam salam mintak ampun maaf ngan dahling (oh! tak nanges walaupun hampir hampir. Maklum laaa..orang banyak dosa) kitorang ke Rawang. Waaa.. besh jugak laaa hiway tak banyak sangat kete. Bawak slow pun.. tak sampai 15 min dah sampai. Sempat beli lemang seketul tepi jalan kat area rumah kak long. Sampai rumah jer.. wah.. kacak abahku berbaju melayu kuning cair dan siap bersampin lagi. Kak long’s family theme color this year plak brown. Kachak pulak rasanya kaler coklat so plan kitorang, next year theme color utk raya will be brown jugaklah. Wakakaaka.. dah siap plan tau.

Main salam salam dulu n kasik angpow utk semua, then.. makan. Perghh.. mak buat ketupat palas yang sedap ya amatttt. Lemang pun gua tak sentuh. Ketupat palas pujaan hatiku sentiasa. Berapa tahun dah raya tak makan ketupat palas ni. Syioknyaaa… nak nak ngan rendang mak. Huhuhuhu…Gambor seme tak sempat nak amek pun. Raya kedua pulak, still ke Rawang. Mak masak beriani. Yummmyyyy. Pagi pagi dah bangun ke Giant sebab plan pun nak buat beriani. Pukul 8 am dah ada kat Giant. Apo cito? Wahahaha.. dapat laa beli daging batang pinang fresh and ayam. Tu yang si Ida rocker tu g tinggai dalam kete. Gilos.. sampai busuk. Bila tanya semua dah angkat ke? Siap kerek kerek jawap dah. Tup tup.. petang tu nak ke rumah kak long… perghhh.. bau ayam busuk satu kete. Betul laaa mencabar kesabaran. Nasib raya.. So, raya ke-dua lepak kat rumah kak long.

Raya ke tiga, beraya di Mid Valley. Boleh gitu? Boleh laaa.. hihihi. Gi cari barang sket sket.

Baju, sarung kopek, foundation and perfume untuk mereka yang memerlukan

Baju, sarung kopek, foundation and perfume untuk mereka yang memerlukan

Ramai jugak manusia kat Mid Valley time ni. Sesak jugak laaa. Jalan jalan ke Gardens pulak. Singgah kat Funky Mama utk carik sarung betik. Jumpa yang selesa dan berpatutan. Puas hati jugakla. Dapat jugak discount card utk next purchase. Baju pun ok ok jugak. Boleh laa pegi lagi nanti.

Raya ke-4, turn mereka mereka pulak ke rumah. So, petang sket diorang pun sampai. Siap bawak laksa tu. Yahoooo… sedap. Kitorang pulak saji KFC jer. Bagus tak? Abes, dah mak request nak makan ayam KFC. Cakap mak jangan di lawan. Hihihi.. hidang sket kuih raya n buah buah. Lepak sambil layan citer hantu Mati Suri. Tapi yang tgk semua penakut, so cerita di tonton tanpa suara. Baby Eriq pun ada… kiut jer tido. Gerammmm…

Start dari raya ke-4 tu, kehidupan kembali normal. Kitorang pun berdua duaan semula. Keluar berjalan jalan.. berdating, bershopping.. oh! indahnya hidup. Kan besh kalau hari hari bleh g shopping. Heaven tu… syurga donia..

Semalam pun ke Mid Valley lagi sebab nak carik something jugak. Siap beli mooncake dari Tai Thong. Memang lah sedap. Makan pulak karipap Homi ngan air mata kucen PS tu. Syiok betul rasa. Hari ni pulak ke OU. Carik mende lagi. Nak beli granny’s panties ngan baju untuk mak buyung ni ha plus carik barang utk orang jugak lagi. Hari hari berjalan kan? Eksesais kata orang. Takkan nak membaring jer kan walaupun baring itu indah.

P/S : Lapa nak makan rojak buah kat TTDI tu. Adoi.. tapi malas nak pegi membeli. Boring betul laa..

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Selamat Hari Raya Hello there! If you are new here, you might want...
  2. Biskut Raya Sulung Hello there! If you are new here, you might want...
  3. Lusa Hello there! If you are new here, you might want...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


3 comments to 2009 Raya

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: