Archive for » September 9th, 2009«

Bukan mine lah. Saja bikin saspen. Yaa aaa auwww. Terkejut tak?

Kak long (my sis) selamat melahirkan seorang baby lelaki pada tarikh 09-09-09 jam 7.04 malam seberat 2.7kg. Tadi call bukan main bising kak long ni. Maklum laaa menten steady. Ni anak ke-4 dah. Yang sulung Boboy, pastu Ayuni, Chacha and ni baby-tak-tau-nama. Kira sulung laki, bongsu ni pun laki gak. Betul betul bodyguard lah ni.

Tak sempat nak g tengok arini. Insyallah besok lepas check up baby dalam perut ni, baru nak g tengok baby dah kat luar perut pulak. Lagipun dekat jer.. kat Putra Medical Centre Sg Buluh. Tak pernah pergi pun.. tp pernah nampak signboard lah. Rasa cam dekat jer ngan sini.

Hensem nyaaa anak sedara terbaru di pasaran ni.

Hensem nyaaa anak sedara terbaru di pasaran ni.

Mulut pun kiut. Cam nak kunyah lah !

Mulut pun kiut. Cam nak kunyah lah !

Memang muka boy abes kan? Syiok betul lah. Tak sabar nak g gomoi gomoi dia besok. Wait for mak ngah ok, baby !

P/S : Rasa syahdu kan tgk baby baru lahir. Adoi..

Tak update blog. Dah aritu rajin mengupdate walau hanya 1 entry per day tapi still lah cam rasa rajinnyaaa.. Lately, bile dah beberapa hari tak mengupdate, wah.. tak kusangka. Ada rasa windu dalam hati. Phewitttt..

Bukan laaa malas ke apa tapi kebizian. Bz lah sangat kan? :P Actually, my parents ada kat umah dari Sat- Malam tadi. Ada bersama ialah boboy n ayuni. Kak long’s kid. Saja lah bawak diorang sekali sebab cuti kan. Lagipun diorang tak pernah sampai rumah ni. So, malam malam haruslah ada aktiviti walaupun sekadar lawatan famili Cik Din & Cik Jah ke Giant K. Damansara tu. Dua malam berturut turut haa. Cam takder tempat lain kan? Apa buleh buat.. giant di hatiku. Wakaa..Lepas acara jalan jalan cari pasal, baru lah kami beracara jalan jalan cari makan. Destinasi masih di Kota Damansara dan terjumpa satu kedai yang ada lampu lip lap yg amat lah meriahnya. Serius meriah sangat. Sampai sampai.. wah wah. Style cam foodcourt pun ada. Ada gerai gerai kecik kecik kecik gitu. Nama kedai Ghulam Mee kat Kota Damansara. Trafik pegi Mc Donalds tu kan.. lagi satu trafik lite terus belok kiri. Boleh nampak dari tepi jalan. Murah bangat. Semalam makan : Bihun sup yang meriah ngan daging 2, kuey tiaw goweng 1, mee goweng 1, rojak pasembur 1, laici 1, orange juice 1, carrot susu 1 and air apple 1, teh tarik 1, kopi susu 1 = rm32.00. Murah kan? Boleh tahan plak tu rasanya. Ader jugak sate, yong tau foo, mee bandung, mee udang..

Acara Makan Makan di Ghulam Mee

Acara Makan Makan di Ghulam Mee

Arini pun lagi laa bz. Ader girl’s day out. Cewah.. girls laa sangat kan? Para peserta untuk hari ni ialah mak, urs truly and ayuni si gediks. Tak pegi mana pun. Mak nak g IKEA carik bekas garam so amek kesempatan lah nak beli pasir uk uk si Miewt sekali. So, ke IKANO lah kita .. mari. Settle kat IKANO, teruskan perjalanan ke TTDI untuk membeli juadah berbuka posa. Wah.. besh jugak pergi berteman. Beli cendol 3 plastik besar and kuih muih. Perghhh.. nikmat minum cendol mamak yang asli. Slurp slurp. Sampai berguling guling Hazelnut dalam peyut ni ha.

Mak Buyung cuba berposing cun di Ikano

Mak Buyung cuba berposing cun di Ikano

Mak kepada Mak Buyung and anak sedara Mak Buyung punya turn berposing pulak

Mak kepada Mak Buyung and anak sedara Mak Buyung punya turn berposing pulak

Malam ni plak tadi, g umah kak long. Menghantar kembali rombongan ke sana. Kak long pun tengah tunggu hari jer ni. Maybe besok lusa anak -4 pulak. Wah wah.. Baby cot seme pun dah ready. Syiok pulak tgk preparation nak sambut baby. Tak sabar pun ada ni. Mak pun dah sound, next month dah bleh start beli barang baby sket sket dulu. Kitorang ingat nak beli pun barang yang simple simple jer dulu. Barang penting.. yang lain tunggu korang korang lah post mai sini. Wakakakakak.. Lusa ada monthly check up. Hopefully sangat everything will turn out fine. Doa doakanlah eh. Terima kasih gang :D

P/S : Me miss u too. Untuk Farhah, semoga semuanya berjalan lancar. Congratulations untuk both suami isteri yer. :D Sila update yer nanti boy ke girl.

Related Posts with Thumbnails