Advert
Archives
Categories
Calendar
August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Instagrams
 

Archive for August, 2009

Selamat Berpahala

Asek selamat menyambut Ramadhan jer. Nak jugak tukar topik ek. Hihih..

Yelah, Ramadhan kan bulan kita nak mengejar pahala. Maner ngan bepuasa, bertarawikh, mengaji quran dan banyak lagi. Malam ni pun sepatutnya ke tarawikh bersama SIL tapi atas sebab tertentu terpaksa di kensel. Perjanjian dgn cik Shasha Kucen Hitam pun terpaksa di kensel. Memang takder jodoh laa kirenye nih.

Petang tadi dah kuar rumah awal. Ke Ikano dulu pasal nak beli BURP for miewt and survey blender baru. Hamek ko.. punyer rajin masak sampai rosak blender. Moy tak rasanya kalau beli jer Food Processor jer terus? Blender jer dah 140 ringgit gitu.. food processor pulak RM229. Macam macam plak tu bleh buat. Nak beli blender pun runsing. Huhu.. susah chef nak masak takdak blender ni. Letih  nak menumbuk lah !

Berbalik pada topik utama.. sebenarnya saya dengan penuh keikhlasan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca pembaca. Semoga bulan mulia ini kita penuhi dengan bermacam aktiviti  yang di redhai.

P/S : Over tak kalau nak pasang lampu lip-lap ketupat besok jugak? Tak sabar lah.

Again and again

Semalam ma mummy in law n daddy in law (perghhh !) tido sini. Plan asal nak dtg makan cucur bawang ngan kuah kacang tapi agaknyer nampak umah ni cam syiok stim jer, terus tido semalam. Lepas makan, g umah k.jue amek kain baju n tido sini.

Ari ni pepagi lagi dengan jayanya gua dah bangun. Belikan roti canai jer as bfast. Pastu, diorang balik umah k.jue balik bersiap sebab jap lagi nak g Giant. Gua.. lepak seround. Dalam kul 11.30 am dah siap nak ke Giant. Yer.. ari ari mesti ke Giant rasanya. Pelik laa pulak. Round round Giant, tak puas ati lagi… singgah The Curve plak otw balik tu. Gilo panas ari ni. Setel tu balik rumah terus cam ngantuk tak hengat doniawi.

Malam, dahlin request cucur bawang n kuah kacang again. Waduh.. sedap sangat kah? Cam biasa.. nak masak kasi sedap korang pakai sleeveless. For sure laki korang akan request suh masak ari ari. Ader perasa tambahan. Lagi power dari pak aji naik moto. Ari ni pun mood gua baik, kasik ida (bibik) call indon. Lama jugak laaa.. ntah apa dia sembang ngan husbandnyaa. Lepas sembang request nak masuk bilik tutup pintu. Lantak ko laaa ida.. boss kasik can berjiwang lepas cakap ngan husband. Maner tau, nak meleleh sambil meniarap .. sembam muka kat bantal sambil kaki terlipat.  Sob sob..

Cucur Bawang n Kuah Kacang. Kaki bulu bulu tu kaki suami tercenta. Sebab bulu lah i terpikat.. auwww..

Cucur Bawang n Kuah Kacang. Kaki bulu bulu tu kaki suami tercenta. Sebab bulu lah i terpikat.. auwww..

Rasanyer cucur bawang makan ngan kuah kacang ni utara style kut eh? Ni pun extra pedas sket. Mengalir air mata MIL semalam time makan. Dia takleh makan pedas langsung. Yang anak n menantu dia yang ni.. takleh makan tak pedas pulak. Laki saya tu haaa.. mau tak pedas, takdak selera pulak. Memang kuat makan pedas sangat. Susah rasa nak jumpa orang orang dari negeri ewau bulan makan cili pedas pedas eh. Manis pulak tak kuar. Air kalau bleh., biar kaler jer lebih. Rasa takdak pun ok jer. Takleh manis sket.. mesti bising. Maybe sebab tu laa kiter berjodohan kut eh? Ai pun suke makan pedas… hihihi.

Lagi lebih kurang 2 minggu, dah nak sambut 3rd wedding anniversary. Kejap jer rasa. Pejam celik pejam celik, dah 3 thn kiter bersama sama menempuhi bahtera rumahtangga (ayat novel ni.. ). Tak rasa pun dah 3 tahun. Plan dah ada pun. Nak g jauh jauh memang tak laa kut. So, pegi dekat dekat ajo. Merdeka ni .. ngam ngam laaa 3 tahun. Harap harap berkekalan sampai akhir hayat.

P/S : I lef u dahlin. Sementara mood baik ni.. request laaa nak makan apa pulak besok. Tingin nak beli foundation Chanel plak.

Hati berbunga bunga

Semalam hari cuti dari berjalan jalan. So, memang lepak rumah jaa laa. Semuanyer sebab hari jumaat dah berjalan sampai letih. Yesh, setelah bertahun tahun tak berdating kat Sunway Pyramid.. kitorang pergi gak dating kat sana last last. Lakinya mau mencari baju n bermuda kat sana. Banyak pilihan katanya. So, ke sana lah kitorang. Ya rabbi, letih betul berjalan. Dah alang alang beli baju n bermuda dia, dahling offer something yang lama dah gua dambakan gitu. Yeyyy.. finally, after berhari asek merungut bedak dah illek… dahling belikan Chanel Mat Lumiere Extreme Powder Foundation. Thanks to Leeds sebab perkenalkan menda alah ni. Seriously for those yang menghadapi masalah muka berminyak or open pores ketara, molek laa kalau pakai mende alah ni. Memang puas ati. Sekali ngan SPF 20 pulak tu. Tak perlu tebal tebal.. plus nampak natural jer. Casing dia plak, walaweh.. style laa. Harga untuk mula mula a bit mahal tp untuk refill, cam range biasa. Memang puas hati lah ngan produk ni. Thanks dahling sebab belanja isteri mithali mu ini.

Chanel yang mengghairahkan sanubari.

Chanel yang mengghairahkan sanubari.

After sehari bersantai kat umah jer, hari ni kuar lagi plak. Ke Digital Mall. Itupun sobab network card laling udah rosak. Dia kan takleh hidup kalau tak berinternet. So, zasss ke sana kejap. Dah beli seme yang patut, lapar plak. Yelah.. tak makan apa pun terus kuar ni. Singgah kat Tang Chao. Kopitiam bawah Digital Mall tu. Layan nasi lemak dia cam biasa n dahling layan chicken ham & egg sandwich. Yummy..

Nasi Lemak Rendang Ayam, Ciken Ham & Egg Sandwich And Milo & Teh Ais

Nasi Lemak Rendang Ayam, Ciken Ham & Egg Sandwich And Milo & Teh Ais

Boleh tahan jugak laa nasik lemak n sandwich dia. Memang kalau datang Digital Mall n rasa nak minum/makan.. sini jer laa tempatnya. Senang n cepat n bleh tahan sedap. Sebelum balik umah, singgah OU plak. Saja saja jer.. Petang plak, bile dah balik.. terlelap kejap. Pastu bangun sebab cik abe dari semalam nak makan cucur udang (taknak udang..boleh? )  ngan kuah kacang. Terus turun.. bibik pun dah goweng siap siap kacang n tumbuk. Wahhh.. senang dunia. Halau bibik suh masuk bilik dia.. baru gua bleh masak ngan aman dan damai. Sambil goweng cucur, sambil kacau kuah kacang. Pukul 9 malam, in-laws nak datang plak. So, ngam ngam time.. siapkan apa yang patut… terus naik mandi kejap. Peluh tiak lah duk kat dapur lama lama. Turun.. melantak seround.. makan plak cicah cicah ngan FIL.. perghhh. Boyot perut kejap. Sesak nafas tu. Mane ngan bra lagi.. perut dah naik atas lagi. Rileks kejap sambil layan hindustan kat Zee ramai ramai. Setel seme.. baru bleh update blog ngan penuh keamanan.

Malam ni, nok kene tido awal laa pulok. Besok pagi pagi MIL ajak g Giant. Whoot woot… i suke Giant. Hehehe.. nak carik daging batang pinang bebanyak. Buat stok.

P/S : Bra preggy kat mana yang besh nak beli eh?

Yummy for the tummy

Semalam pergi ke Giant. Yes .. lagi dan lagi. This time beli barang dapur plus barang utk beriani. Gajus, kismis and some rempah.

Dengan apron kiut. Terus sambar satu..

Dengan apron kiut. Terus sambar satu..

Besh sangat apron ni. Cam kiut kiut. Ader several colors gak laaa.. tp being me, of course ler pink kan. Cam tak logik tetiber biru/green plak. Harga dlm Rm 10.99 kut kalau tak salah. Tak baper nak ingat plak. Lately ni cam pelupa sket lah..

Pagi tadi bangun pun, kelam kabut g kedai mamak dekat rumah plak. Dah nak masak beriani, cerdik sangat takder basmathi kan? So beli laa kat kedai mamak tu. Beli sekilo jer lah. RM6.60. Mahal jugak rasanya. Balik rumah.. terus buat apa yg patut. Paling awal, buat jelatah/acar timun dulu. Simple style.. tak goreng goreng apa pun. Buat awal so that nanti by the time nak makan, air timun, bawang seme tu dah bergabung tenaga.. baru sodap. Pastu buat rempah untuk nasik pulak.. bab ni agak cuak sket. This is my first time buat beriani all alone. Masak nasi biasa pun kengkadang failed, ini plak beriani tapi alhamdulillah lah. Berjaya jugak. Meratah nasik saja pun rasanya yummy. Lemak lemak sedap. Sambil tanak nasik tu, baru masak sambal ayam. Dahlin takmo makan masak merah. Nak sambal so that rasa pedas nyiauuu sket. Lastly, suh maid goreng papadom. Dia g goreng sampai kaler coklat. Asal boleh jer laa ko ni ida.

Papadom, Nasi Beriani, Jelatah & Sambal Ayam.

Papadom, Nasi Beriani, Jelatah & Sambal Ayam.

Simple jer laa. Takyah laa korang nak expect nampak pinggan mangkuk arcopal kat sini. Asal muat, kire ok lah. Tu nasi beriani with gajus n kismis. Dahling yang suka sangat kismis ni. Dia panggil zabit. Kelakar kan? Nasi tu sekilo tau. Gilos sket. Dah pass kat umah SIL satu sia (mangkuk tingkat). Dahlin kata menjadi so rasa syiok stim lah arini. Kalau mak tau ni, mesti mak terkejut. Yer, saya tak suka langsung ke dapur satu masa dulu. Bila mak tanya.. saya cakap kat KL makan kat kedai lagi jimat dari makan sendiri. Ngoi kan jawapan?

Yummy for my tummy

Yummy for my tummy

So, ni lah lunch for today. Yummy for my tummy .. Layan ngan teh o ais. Lepas makan..hamek ko. Perut cam nak meletup. Adoi… aper pun. Semua menjadi… i’m happy. Dahlin, jom g giant lagi. Aleh aleh pulak kan.. :P

P/S : Tengah duk pikir besok punya resipi..

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs