Archive for August, 2009
Happy 3rd Anniversary
To my dahling.
Pejam celik pejam celik dah 3 tahun dah kan? Despite all the arguments, masam muka, bad mood.. kiter still together. Tak pernah berpisah walau sehari. Walaupun everytime gaduh, mesti rasa nak lari rumah.. nasib tak buat. Sebab takder port mana nak pergi. Hihiihi…
Dahling, i hope kiter bleh celebrate lagi our anniversary dengan meriah di tahun tahun akan datang. Walaupun bile 31st Aug jer mesti akan start sakit, start dari hari kawen sampai tahun ketiga (weird) tapi at least u remember kan?
Hopefully dunia kita bersama akan lebih happening dan meriah, there will be more wrestling belit belit, more dancing ala ala ballroom walau takder lagu, more menari shuffle by you (serius kelakar ya rabbi, cam nak tertonggeng haaa), more main kejar kejar, more tarian bugils.. wahahahah.. and more etc bersama.
I lef you forever and ever. Phewwitttt..
Salam manis dari;
Atan.
Respek Sket La Oi !
Topik sket punya beria ia kan? Actually memang nak citer pasal respek. Petang semalam, lepas setel PakCik Halim merepair seme bulb lampu dan kunci grill dan biler dah setel adek servis Electrolux repair washing machine (bukan rosak pun, lubang air jer tersumbat.. cess, terbang RM80), plan gua nak masak roti sardin gulung ngan cucur bawang with kuah kacang terbantut. Cam tak sempat + tak larat plak. So, gegas ke TTDI lagi. Jalan jalan cari makan la. Apo laie..
Ari ni maybe sebab hari sabtu .. orang ramai lah sket. Ke memang ari ari ramai ek? So, dengan lenggang lenggang kobis (nak lenggang kangkung mende .. bontot dah besar periuk ni haaa) berjalan lah cari juadah juadah yang menarik. Sedap tak belakang kire lah kan. Tup tup baik nyer nyonya ni beli sate.. tak menyempat balik rumah, hamek ko.. kat situ jugak dia duk mengunyah sate. Siap melahap tau.. yang jenis mulut ada daging sate, lidi sate kat tangan.. still duk cakap ngan penjual kuih. Bongok ke tak tu? Aper nyonya ni tak belajar pendidikan sivik ke? Pastu ada lagi satu, nyonya jugak… baik nyer kunyah popiah pulak. Eh.. eh.. tengah tengah jalan jer buat muka selamba kunyah popiah. Kut hilang sabar.. mau gak aku sumbatkan popiah tu bebanyak sampai keluar balik kut lobang hidung. Lagi sorang pendidikan sivik F9.
Ini ada lagi satu.. pesanan khidmat masyarakat. Kut kalau korang ada anak kecik baru boleh berjalan.. bagus korang laki bini tatih kan anak korang tu. Laki pegang tangan anak belah kiri, mak pegang belah kanan. Anak bertatih sambil tersengih nampak gigi kecik kecik sambil air liur meleleh. Mesra jer pemandangan kan? Tapi janganlah pulak korang duk bertatih kat tengah tengah jalan pasar ramadhan tu haaaaaa !!! Aper korang tak perasan ke belakang korang tu orang beratur mengalahkan orang yang beratur nak beli murtabak king tu ha. Semata mata korang laki bini duk enjoy tatihkan anak korang. Timbang rasa lah sket kawan.. pikir orang lain sama. Lagi satu jenis kat tengah jalan tu jugak laaa korang jumpa kawan terus bermesyuarat agung. Pulak tu siap buat bulatan. Aper ke giler ke orang camni? Tensi tau orang lain. Kut kene tegur tu.. aku laa tu. Dah berapa orang dah kene. Lantak laaa.. nak marah marah lah. “Gi mesyuarat tempat lain lah. Tengah jalan buat mende” Wakakakakaaaa.. agak agak bengang tak orang tu eh?
Besok tak g pasar ramadhan so ok sket lah kut. Besok ada plan lain. Hihihihih.. tup tup dah 3 tahun eh ling. Gaduh gaduh pun sampai gaks 3 tahun. I likee..
P/S : Bengang betul ngan ida rocker ni. Awat laaa slow sangat ni. Dah laaa tadi buat ayat tersirat nak naik beskal biru gua tu. Lain tawoooon naaa… banyak cantek pungkok hang :P
Sahur di mana?
Asek asek citer pasal berbuka jer. Apa kata ari ni akak tukar selera adik adik semua? Ari ni kiter citer pasal bersahur plak? Kat mana adik adik semua bersahur? Akak bersahur selalu nya di luar. Almaklum ler… lepas berbuka ni, perut ada sket berat. Nak bediri depan dapur masak lauk pun belum tentu mampu.. Mujur abang nye setuju jer malahan kadang kadang abang yang ajak. Auwww.. tertiber geli bulu bulu seluruh badan biler sebut abang. (oh.. sebut dahling tak gelik pulak?)
Ok lah.. saja nak citer pasal bersahur. Dah berapa hari kitorang kuar makan di luar. Lebih kurang macam tak plan makan di mana.. ke mana stering kete berputar, ke situ lah kitoang tuju. Cam aritu takder tempat di tuju.. kitoang ikut hiway sampai ke jalan nak g kuala kubu baru. Adoiii.. jauh betul. Masuk bukit beruntung sekali.. Pastu, sahur di Taipan lah, sahur di Uptown Hawkers, sahur di Vicchuda. Hihih.. nasib posa penuh ni.

Sessi mengukur hi-way.
Ni time kitorang cuba cuba test power ukur hi-way. Singgah kat Rawang R&R. Ader pau panas. Yahoooo… sedap pulak tu. Buleh laa tahan. So, beli pau n air botol juga kacipap karipap kecik kecik buat bekal. Tiba tiba tembus mana ntah. Awat tak amek.. sampai Bukit Beruntung. Tembus ke Rawang, then masuk hi-way kut Rawang .. balik ke umah.

Sahur di Vicchuda Uptown.
Ini semalam punye sahur. Oh.. gambar tak mengikut turutan hari yer adik adik. Semalam balik dari Giant dah pukul 12 lebih.. jalan jalan terus ke Uptown. Layan Vicchuda. Tgk lah mata ku yang juling senget sebelah tu. Sebelah pandang depan, sebelah tak berapa nak pandang depan. Sebelah tu plak, gambo makanan yang di layan secara berjemaah dengan suami. Kerabu mangga, telur bistik, tomyam ayam & daging, siakap masak pedas n sambal belacan. Oh.. kenyang dengan gembira sangat. Puas ati tuan punya perut.
Penutup sahur ialah dengan melayan eskrem secara pulun sorang sorang. Tak afdal di kongsi dengan sesiapa pun. Wakaaaa..

Strawberry Haagen Dasz
P/S : Baru tahu ada blogger yang curik personality blogger lain.. di cantum cantum utk buat blognya menarik. Weird.












http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


