Advert
Archives
Categories
Calendar
July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Instagrams
 

Archive for July, 2009

I Want This

Yer. Nafsu menyetan dah muncul kembali. Ramai ramai baca ayat kursi. Bukan setan bebetul la. Actually, nafsu membelanja duit yang cuma ada seciput ni jer. Yer yer.. serius memang seciput jer duit ku ini. Takder tipu punyer.

Next week insyallah dah start tidur rumah baru kut. Bukan rumah baru buat.. rumah baru nak pindah. Besh sket.. takyah sapu daun daun kering yang dah macam apa dah kat porch tu. Boring tul nak menyapu daun kering tu. Nak pindah umah, aiyark.. langsir baru pulak. Ke boleh pakai jer langsir yang ada ni? Tapi cam tak masuk konsep laa pulak. Eh, ada konsep ke rumah baru nanti? Wahahahaa.. konsep gua kut. Nak beli sofa lagi (sofa yang ada dah nazak sangat). Kalau jahit langsir sendiri senang tak eh? Rasa cam senang jer kan? Cume my sewing machine cam ayam (eh, cam brand sardin kan?) tu tak berapa nak menjanjikan kepuasan dalam menjahit lah. Boleh buat darah naik tinggi sekejapan jer. Dengan benang serabut.. sekoci tak jalan, tetiber minyak hitam tu melekat kat kain, kalau kan tebal pulak memang jahanam kain. Krazee kan? Memang penunjuk kene beli sewing machine baru kut tu kan? *harapharaphusbandtakbacaentryni*

Saya mauk yang ini sahaja

Brother XL 2630

Saper ader experience pasal Brother yang punyer mesin jahit eh? And maner boleh dapat murah murah punyer eh?

P/S : Besok nak kira duit sampai ke syiling. Kalau cukup, yey.. boleh jahit langsir sendiri. Woww weeeee.. cita cita tak agak agak punyer..

The Sims 3

Well, i’m a die hard fan lah utk sims ni. Start dari The Sims, then Sims 2 and the latest one Sims 3. Sampai PS2 punyer sims pun layan.. nintendo ds sims pun layan.Eh.. kire dah berbelas tahun layan sims ni. Giler lah melayu.

Actually dah lama beli Sims 3 ni tapi ari ni cam rajin rajin pulak nak buat entry pasal ni. Berita buruknyer, sebelum beli…please n please lah make sure your cpu memang power utk game. Kalau tak, sob sob.. layan jer laa dvd game tu. Pandang jer laaa.. nak main tak buleh. Serius ni.. memang lagi tinggi spec dia dari sims yang lain. Mujur lah dahling berbaik hati installkan dlm pc dia.. so kalau nak main.. merasa lah main game pakai monitor 32′. Giler kan? Lagi sekali.. giler lah melayu.

Aperpun, dalam bebanyak sims, sims 2 ader special, sims 3 pun besh jugak. Tak sabar tunggu all the expansions pulak. Woo Hoo.

Untuk pc specs :

Windows XP

  • Windows XP (Service Pack 2)
  • 2.0 GHz P4 processor or equivalent
  • 1 GB RAM
  • At least 6.5 GB of hard drive space with at least 1 GB additional space for custom content
  • 128 MB Video Card with support for Pixel Shader 2.0

Windows Vista

  • Windows Vista (Service Pack 1)
  • 2.4 GHz P4 processor or equivalent
  • 1.5 GB RAM
  • At least 6.5 GB of hard drive space with at least 1 GB additional space for custom content
  • 128 MB Video Card with support for Pixel Shader 2.0
  • For computers using built-in graphics chipsets, the game requires at least:
    • Intel Integrated Chipset, GMA X3000 or above.
    • 2.6 GHz Pentium D CPU, or 1.8 GHz Core 2 Duo, or equivalent
Asal senget eh? Boleh lah eh. Ni capture dari jauh..

Asal senget eh? Boleh lah eh. Ni capture dari jauh..

Tengah sehati berdansa. Joget sama sama husband. Phewwwitttt

Tengah sehati berdansa. Joget sama sama husband. Phewwwitttt

Time ni kitorang WooHoo. Berkocak dalam selimut. Sopan kan?

Time ni kitorang WooHoo. Berkocak dalam selimut. Sopan kan?

Ni ler hasil kocakan. Bun in the oven. Wahaahah..

Ni ler hasil kocakan. Bun in the oven. Wahaahah..

By this time, actually dah selamat ada twins dah. Giler.. letih tau jaga twins. Tak menang tangan. Nasib boleh upah nanny. Lega lah sket. Kitorang pun dah tua ni. Siap beruban dah. Nanti lah.. update gambo time tua pulak ek.

Untuk yang pernah main SIms.. jangan lupa Sims 3 ni. Serius takkan menyesal. Maybe tak berapa nak meriah sangat lah sebab baru lagi n takder expansion kan tp still besh lah di layan.

P/S : Bukan budak budak jer lah layan games :P

15% is still big

kan? So, hopefully, kitorang tergolong dalam 15% tu lah. Amin..

Baby pun dah besar. Dah 54.++ mm. Siap waving waving lagi time kene scan semalam. Geram jer.. dr nak ukur pun susah. Bergolek golek.. pastu berenti.. waving waving then golek lagi. Kiut lah. Gerammmm.. eiiii…

Eh, by next week.. atas sebab sebab tertentu.. all my lil monsters akan di let go. Miewt will be given to mak and abah.. and Moei and her mom Cleo will be given to Shasha dearie. Sha.. cleo tu subur tau. Wakakakaka.. time miang dia.. dia tak bising tp ko layan jer laaa.. dia buat tarian bogel keliling umah. Wahahahaha..

And by this month jugak kitoang akan pindah. Insyaallah to a better place lah than this one. Still area sini jugak.. kire melalui guard house lain jer. Hihihi. Dari lorong pju 7/12 ke lorong pju 7/8d kut? lebih kurang area situ lah. Takder laaa nampak orang orang duk lalu depan umah dah. Boring jer rasa. Yeayyy.. this year merdeka punyer bunga api buleh layan dari depan umah lah eh? Chop .. merdeka this year layan bunga api dari balkoni Royale Bintang. Konon konon celebrate sekali our 3rd Anniversary. Kira-kira 1 km dari rumah. Sakit jiwa tak? Wahahaha.. jauh kan?

Book bilik menghadap jalan.

Book bilik menghadap jalan.

Dah booked apa semua, baru teringat kata bulan posa ni kan? Ader ke bunga api merdeka kalau bulan posa? Dahling kata ada. Orang start lepas abes terawih. Betul ka? Kalau takder pun, tak kisah rasa. Buleh kiter romen romen .. tik kat bilik hotel kan? Syioknya… tak sabar ai. Auwww..

P/S : Nak ke The Curve tapi rasa malas nak mandi akibat kesejukan. Jangan bagitau orang naa..

Runsing

Banyak sebab yang membuat kepala runsing ni.

  • Sembelit – Runsing weh. Makan banyak.. takmoh kuar kuar. kalau kuar pun.. cam mintak nyawa. Air mata berderai jer kat lantai jamban tu. Maybe sebab dah banyak ari skip makan buah epal kut? Yelah, lately, banyak buah datang rumah ni. Buah jambu air ada, buah mangga ada, buah delima ada, buah setoi pun ada (mekasih fara yayang).. tinggai buah kundang ja. Adoi.. mauk mauk..
  • Kereta – Duk mintak duit pulak. Itu bocor lah.. itu mau tukar lah, ini mau tukar lah. Ntah ke betui dahling duk cakap kata kete potong. Tapi cam tak mungkin jer? Aper pun, maner nak korek duit ni? Oh ! Pening kepalaku..
  • Rambut – Dah gugur laa pulak. Serius punyer gugur. Besok rasa memang kene potong fringe ni. Buat jambul sket.. kut kut buleh la cover botak tu. Tak campur kering di hujung. Miang sangat nak buat rambut ketak ketak. Amek laaa.. kejung kejung dah rambut hujung tu. Padan muka diri sendiri..
  • Yang last ni biarlah rahsia. Yang maner tau tu, doakan jer laaa yang terbaik ok. Baekkk punyer !

P/S : Abes entry ni jer.. terus hilang runsing. Biar benar?

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs