Archive for July, 2009
Moving
Kami dah start menghantar barang barang kecik keciklan ke rumah baru. Yeehaaa. Pinjam Naza SIL so that buleh sumbat banyak barang sket. Malam malam pun dah start lepak berdua kat sana. Saja menikmati suasana rumah baru. Hihihhi.. betul ke kalau environment baru, syiok stim dia lain macam eh? Wakaaa..
Tak jauh pun from current hse ni, dalam tak sampai 1 km kut eh? Satu taman tp lain entrance. Yang leceh, entrance baru ni kene pakai acces card. Tak leceh for me sebab memang dah ada. SIL providekan satu sebab senang nak g rumah dia. Eh, dia pun tinggal situ gak. Lorong jer lain. Dia lorong 8E, gua 8F. Hihiihi.. style ? Tak laa style sangat pun.

Dry kitchen, master bedroom n ruang tengah (orang panggil apa ek?)
Leceh sket biler seme built-in. Yelah, susah sket nak buat susun atur lain. Dah laaa barang skang ni banyak. Seme nak kene let go dah ni. Ader wet kitchen kat belah belakang plus ada laundry room. Syiok laaa jugak. Paling syiok, kat laundry room ada pintu utk kucen kuar masuk. Cunnnnn… Eh, arini bibik SIL g lap lampu n kipas plak. Tak syioknyer biler jam dinding 4-Qul yang kitorang baru beli aritu dah pecah. Tadi time g nak amek dia, mata dia merah merah cam baru lepas nanges. Kesian jugak tp apa yg cuai sangat. Dia kater terkena tangan dia sket terus jatuh n pecah. Siap cakap dia pun jatuh dari tangga. Adoi… nak marah tak sampai hati. Tapi dalam hati memang membara lah. Jam beli tak sampai seminggu pun. So, nak elakkan terkeluar kata kata menyakitkan hati, gua diam jer. Biler terlampau marah n diam.. tu dia. Terus cik semput datang. Tensi lah camni. Agaknyer kalau check ngan dr, mesti naik tekanan darah gua.
Skang dah ok, dah cool. Cewah.. mende dah nak jadik kan. Nak cakap apa lagi. Dia pun cam sedih jer.. siap menanges pulak. Takut kene marah kut eh?

Mak buyung yang selekeh amek gambar dlm master bedroom punyer bathroom.
Eh… dah takder curve ke badan ai? Hihihihi.. apo buleh buat. Harapnyer semua selamat. Malam Jumaat ni nak buat semayang hajat pulak. Tok imam pun dah dibooked. Parents in law pun dah nak datang. Kak long n husband pun datang. Mesti tau… Ingat nak buat semayang hajat masuk rumah n semayang hajat for baby dlm peyut ni. Moga semuanya selamat. Amin…
Malam besok.. nyah ko hantu dari rumah baru ku. Syoooh syoooh… gi umah lain.
P/S : Ni baru lepas pack buku citer. Satu kotak besar n satu kotak kecik. Magazine berlambak lagi. Sapa mau FEMALE, EH magazine? Good condition, conteng tarak.. koyak pun tarak.
Makan makan
Lately, semenjak dua menjak bz dengan episod memindahkan barang rumah… ader laa kesempatan makan di luar. Selalu pun makan makanan luar tp yang di tapau dan dimakan di rumah. So, this time.. kiter makan di area area berdekatan saja. Tak kuar LDP langsung. From Mutiara Damansara ke Kota Damansara jer pun paling jauh. Eh ling ling.. dah sebulan eh tak g OU? Lamanya… cam buleh buat record plak.

Nachos Nachos
Ni makan lunch di Nachos Nachos, Giant Kota Damansara. Actually, ni second time makan di sini. Boleh tahan lah menu dia. Air pun quite cheap dari tempat lain. Pekerja pun ok. Sengih sokmo. Paling besh lunch hour tak ramai sangat lah kat sini. The next day.. kitorang layan ni plak..

Ikan bakar and ayam penyet
Layan Waroeng Penyet lak besoknyer. Eh.. hari ni pun sebenarnyer makan penyet lagi. Tapi tapau n makan kat rumah lah. Ni Ayam Bakar for me and dahling memang layan Ayam Penyet sokmo. Kentut pun bunyi penyet jer. Wakakaka… Memang layan lah ikan bakar dia. For today (no pics) layan ikan bakar n bawal bakar. Ikan bakar lagi marvellous lah. Nikmat jer isi dia .. lembut. Paling besh .. minum nih :

Milo DInosaurus ngan Happy Soda
Air yang bisa menghappykan jiwa dan raga si peminum. Sedap sangat air dia ni. Happy soda tu macam sirap bandung eskrem soda lah. Eh.. selalu kalau g Waroeng Penyet ni mesti jumpa artis AF. Aritu jumpa si Noni AF tu, pastu Dafi ngan gf (kut) tapi memang super cun lah gf tu. Sangat sangat. Arini pegi tak jumpa artis tp jumpa kakak tudung merah buh manila kad dalam tudung (so that tudung terbentuk cun). Tudung merah n manila kad kaler cerah (putih kut?) Adoi… abes musim dah ni. Kawan dia pakai plastik shiny shiny lak buat lapik tudung tu. Weird sket lah rasanya..
Sekian entry makan makan yang tak seberapa. Secara jujurnya.. entry ni di taip untuk mengisi kekosongan blog ini. Harap maklum.
P/S : Semalam nampak geng siput babi beramai ramai buat pesta kat setompok tahik kucen depan rumah. Serius ramai… kecik besar tua muda, menyambutnyaaa dengan gembira. Arini tgk , tahik kucen tu clear. Siput babi makan tahik kucen ke ek?
Aper bikin?
Korang selalu malam malam, besok takder keje.. boring jer.. buat aper eh? Nak tido takleh, nak makan konyang.. nak main game dah boring, nak bermesra ngan laki takdak mood.. aper korang bikin eh?
Ni apa gua bikin malam malam syahdu sorang sorang.

Mak mbam mbam layan tenet
Photo taken by dahlin using his N97. Tak cerah pulak ek. Time ni duk layan babycenter.com sambil tgk konsert akademi fantasi season aper tah. Yang Mila menang tu. Actually, duk tunggu nak tgk Macam macam Aznil. Ulangan pun di layan jer.
Tengok gambo ni .. mak ngai.. pipi ke dagu yang bercantum tu eh.Siap ternaik bahu. Adoi.. Pelik sangat posisi ni dari belakang eh. Leher gua pun hilang ni. Wahahaha.. kelakakers pulak rasa. Wahhaha.. cukup laa kut eh mengutuk diri sendiri. Insaf sekejap.
Oleh rasa diri makin selekeh hingga ke tahap Imah Bisu, maka.. besok rasanya harus ke Atmosphere di Dsara Perdana untuk membuat fesyen rambut baru. Fringe harus ada kembali walaupun depan rambut tu cam dah nak botak (serius ni.. ) dan rambut hujung yang cam pecah pecah sket tu harus di nyahkan dari kepala gua. Kusut jer bila belai belai rambut manja manja.. tup tup kasarnyer hujung rambut nih. Potong stim jer time laki nak belai belai b4 tido. Before tido tau.. jangan duk ingat before mende lain. Hep…
Lepas buat pesyen rambut, nak g umah SIL plak. Harapnyer kunci rumah baru dah ready time ni. Boleh gi survey dulu b4 bawak masuk barang nanti. Yelah, barang hak takdak tempat nak letak, boleh buat buat sedekah kat sapa yang mau. Tak laa menyemak rumah nanti. So, rasanyer kalau lah besok dah dapat kunci… walla… bz lah gua 3-4 ari nih. Nak start bawak masuk barang sket sket before panggil movers untuk pindah seme barang. Yer, terpaksa panggil movers ni.. sekali nak suh pack barang lah. Sapa nak buat kalau tak? Takdak orang yang boleh tolong pun. Boring kan?
Eh, rasa nak beyak lagi. Tadi dah seround.. ni lagi seround kut. Nasib dah tak sembelit..boleh beyak sambil sengih. Yahoooo…
P/S : Saper layan barang NutriMetics atau tingin nak try.. bleh bagitau gua eh. Skang banyak barang beli 1 percuma 1. Rugi tak beli.. hihiih
Hari Penuh Emosi
Semalam (senin) merupakan satu hari yang penuh dengan emosi. Dengan penuh berat hati dan berat badan (68kg..power tak?) gua dah let go Cleo n Moei. Yesh.. i am no longer mak kucen. I am ex-mak kucen. Pilunyer rasa.
Keputusan menlet go yayang yayang saya adalah kerana keadaan tertentu yang memaksa. Bukan desakan orang tapi keputusan saya dan dahlin’ bersama. Bukan semata -mata kerana penambahan keluarga tapi atas masalah tertentu yang mana kalau saya cerita pun, lagi melarat. Walaupun di paksa oleh FIL (melepaskan seme kucen), saya masih boleh buat tak tau tapi masalah yang dihadapi kali ni amat besar sehingga kami tak mampu nak buat apa apa. Once kitorang decide nak let go kucen, i texted Shasha kalau dia nak adopt my yayang and she agreed. So, semalam kami berjumpa dan dengan penuh keikhlasan dan kerelaan… saya lepaskan Cleo n Moei.
Malam sebelum tu pulak layan Marley & Me. Adoi… boleh bayangkan tak? Dah laaa hati duk sedih nak lepaskan pompuan dua ekor tu, layan pulak citer sedih. Ingat citer kelakar.. sekali nak ending tu boleh sedih pulak. Tingat our 1st kucen, Cocoa (Amitabh Bachan) yang kami bela dulu. Kira kitorang kawen, and start pindah rumah baru.. terus amek Cocoa utk di bela. Bulan September ni.. cukuplah setahun Cocoa meninggal dunia. Serius, memang sedih. Pastu biler pikir Cleo & Moei takkan ada di rumah ni lagi. Giler :@) sedih laaa oiii.

Moei before di antar ke ibu angkatnyer

On the way to meet mak angkat.
Aper pun, mak angkat diorang sangat comel and i trust her sangat sangat. Thanks eh untuk buah moktan and manggis. Besh betul laaa…. Puas haa makan sorang sorang. Hihhih..
Malam tu, dahling dengan berbaik ati ajak kuar menenangkan pikiran. Agaknyer laaaa.. So, kuar layan Kluang Station semalam. Jalan jalan seround.. beli sorang sehelai baju at MJ. Pastu, sambung jalan jalan.. berkenan satu baju at 9 months tp aper citer dik.. manik seme tercabut dah .. harga sampai 80 hengget? Baik beli kat MJ. Ado 50% disc. Boleh collect point lagi. Syiok kan? Survey survey .. ingat nak beli Chanel mat lumiere compact tu tapi sebab g ngan dahlin’, mesti leceh. Dia mana mau tunggu tunggu time kiter duk pilih kaler yg kene.. time nak pow sample from promoter. End of discussion, dahlin.. tolong kasik duit.. gua g belli sendiri nanti. Wahahaahaha.. taknak kasik duit, kasik kredit kad. Tau laaa aper nak buat. Nak buat tanduk setan tp cam tak baik. So, amek gamba kiut ni. Alalaaa… i miss u MJ.

Aksi 'devil' kiut.
Eh, lupa nak citer .. satu citer sedih yang lagi menyayat hati. Dah takdak Mc D Mutiara Damansara. Dah di tutup sebab diorang g bukak kat The Curve dah. Sedihnyerrrrrr… sangat sangat. Camner nak drive thru? Bengong laaa..

Makcik tembam bertepung gomak bermata sepet dan Mc D
Tu haaa Mc D kat The Curve. Dekat dengan L’occitane tu ha. Tak sempat g lagi.. lagipun gua windu drive thru.
P/S : Still cuba menceriakan hati yang runsing. Hari ni.. anta baju untuk raya. Nasib tailor kegemaran sudi amek baju lg. Last katanya..











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


