Advert
Archives
Categories
Recent Comments
Calendar
July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
My Bookshelf
Kakakdegil's bookshelf: read

Halfway to the GraveDead Until DarkThe Memory Keeper's DaughterMy Sister's KeeperTwilightAlice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass

More of Kakakdegil's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists
Random Photos
Iklaneka


Archive for July 23rd, 2009

Moving

Kami dah start menghantar barang barang kecik keciklan ke rumah baru. Yeehaaa. Pinjam Naza SIL so that buleh sumbat banyak barang sket. Malam malam pun dah start lepak berdua kat sana. Saja menikmati suasana rumah baru. Hihihhi.. betul ke kalau environment baru, syiok stim dia lain macam eh? Wakaaa..

Tak jauh pun from current hse ni, dalam tak sampai 1 km kut eh? Satu taman tp lain entrance. Yang leceh, entrance baru ni kene pakai acces card. Tak leceh for me sebab memang dah ada. SIL providekan satu sebab senang nak g rumah dia. Eh, dia pun tinggal situ gak. Lorong jer lain. Dia lorong 8E, gua 8F. Hihiihi.. style ? Tak laa style sangat pun.

Dry kitchen, master bedroom n ruang tengah (orang panggil apa ek?)

Dry kitchen, master bedroom n ruang tengah (orang panggil apa ek?)

Leceh sket biler seme built-in. Yelah, susah sket nak buat susun atur lain. Dah laaa barang skang ni banyak. Seme nak kene let go dah ni. Ader wet kitchen kat belah belakang plus ada laundry room. Syiok laaa jugak. Paling syiok, kat laundry room ada pintu utk kucen kuar masuk. Cunnnnn… Eh, arini bibik SIL g lap lampu n kipas plak. Tak syioknyer biler jam dinding 4-Qul yang kitorang baru beli aritu dah pecah. Tadi time g nak amek dia, mata dia merah merah cam baru lepas nanges. Kesian jugak tp apa yg cuai sangat. Dia kater terkena tangan dia sket terus jatuh n pecah. Siap cakap dia pun jatuh dari tangga. Adoi… nak marah tak sampai hati. Tapi dalam hati memang membara lah. Jam beli tak sampai seminggu pun. So, nak elakkan terkeluar kata kata menyakitkan hati, gua diam jer. Biler terlampau marah n diam.. tu dia. Terus cik semput datang. Tensi lah camni. Agaknyer kalau check ngan dr, mesti naik tekanan darah gua.

Skang dah ok, dah cool. Cewah.. mende dah nak jadik kan. Nak cakap apa lagi. Dia pun cam sedih jer.. siap menanges pulak. Takut kene marah kut eh?

Mak buyung yang selekeh amek gambar dlm master bedroom punyer bathroom.

Mak buyung yang selekeh amek gambar dlm master bedroom punyer bathroom.

Eh… dah takder curve ke badan ai? Hihihihi.. apo buleh buat. Harapnyer semua selamat. Malam Jumaat ni nak buat semayang hajat pulak. Tok imam pun dah dibooked. Parents in law pun dah nak datang. Kak long n husband pun datang. Mesti tau… Ingat nak buat semayang hajat masuk rumah n semayang hajat for baby dlm peyut ni. Moga semuanya selamat. Amin…

Malam besok.. nyah ko hantu dari rumah baru ku. Syoooh syoooh… gi umah lain.

P/S : Ni baru lepas pack buku citer. Satu kotak besar n satu kotak kecik. Magazine berlambak lagi. Sapa mau FEMALE, EH magazine? Good condition, conteng tarak.. koyak pun tarak.

Makan makan

Lately, semenjak dua menjak bz dengan episod memindahkan barang rumah… ader laa kesempatan makan di luar. Selalu pun makan makanan luar tp yang di tapau dan dimakan di rumah. So, this time.. kiter makan di area area berdekatan saja. Tak kuar LDP langsung. From Mutiara Damansara ke Kota Damansara jer pun paling jauh. Eh ling ling.. dah sebulan eh tak g OU? Lamanya… cam buleh buat record plak.

Nachos Nachos

Nachos Nachos

Ni makan lunch di Nachos Nachos, Giant Kota Damansara. Actually, ni second time makan di sini. Boleh tahan lah menu dia. Air pun quite cheap dari tempat lain. Pekerja pun ok. Sengih sokmo. Paling besh lunch hour tak ramai sangat lah kat sini. The next day.. kitorang layan ni plak..

Ikan bakar and ayam penyet

Ikan bakar and ayam penyet

Layan Waroeng Penyet lak besoknyer. Eh.. hari ni pun sebenarnyer makan penyet lagi. Tapi tapau n makan kat rumah lah. Ni Ayam Bakar for me and dahling memang layan Ayam Penyet sokmo. Kentut pun bunyi penyet jer. Wakakaka… Memang layan lah ikan bakar dia. For today (no pics) layan ikan bakar n bawal bakar. Ikan bakar lagi marvellous lah. Nikmat jer isi dia .. lembut. Paling besh .. minum nih :

Milo DInosaurus ngan Happy Soda

Milo DInosaurus ngan Happy Soda

Air yang bisa menghappykan jiwa dan raga si peminum. Sedap sangat air dia ni. Happy soda tu macam sirap bandung eskrem soda lah. Eh.. selalu kalau g Waroeng Penyet ni mesti jumpa artis AF. Aritu jumpa si Noni AF tu, pastu Dafi ngan gf (kut) tapi memang super cun lah gf tu. Sangat sangat. Arini pegi tak jumpa artis tp jumpa kakak tudung merah buh manila kad dalam tudung (so that tudung terbentuk cun). Tudung merah n manila kad kaler cerah (putih kut?) Adoi… abes musim dah ni. Kawan dia pakai plastik shiny shiny lak buat lapik tudung tu. Weird sket lah rasanya..

Sekian entry makan makan yang tak seberapa. Secara jujurnya.. entry ni di taip untuk mengisi kekosongan blog ini. Harap maklum.

P/S : Semalam nampak geng siput babi beramai ramai buat pesta kat setompok tahik kucen depan rumah. Serius ramai… kecik besar tua muda, menyambutnyaaa dengan gembira. Arini tgk , tahik kucen tu clear. Siput babi makan tahik kucen ke ek?

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
Tabita Skincare

: Exclusive Set !

Contact me : kakakdegil@gmail.com

Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs