Archive for May 25th, 2009
Dating itu indah
Bersama sama husband terhensem. Lepas lunch, lepas melepak, lepas melayan apa yang patut.. tetiber rasa cam nak kuar jalan jalan. Pakai suar apek jual eskrem jer arini. Kene pakai suar longgar di pinggang sebab perut asek sakit jer kalau pakai suar ngam di pinggang. Makan pun tak enjoy.. wakakkaaaaa
Maner kiter mau pigi? The Curve jer laa. Dekat dan cepat. Orang pun tak berapa nak ramai lagi time ni. Besh besh.. jalan jalan cuci mata. Pigi round survey survey barang sket sket. Sampai boring.. dan lapar. Nyum.. Dah lama tak makan Itallianies.. so, zasss ke sana. Dalam otak tak plan nak makan apa lagi. This time rasa cam nak something yang ‘rasa’ lebih sket. Lidah kan tak baper nak best lately ni. So, today.. menu adalah Strawberry Colada & Chicken Parmigiana. 1st time try menu ni. Crusted chicken ngan parmesan n mozarella cheese atas spaghetti. Selalu portion makanan dia cam untuk kendurilah. This time cam ngam ngam 2 orang. Besh betul. Rasa kenyang penuh sempurna. Gambar di ambil dari google kerana kelaparan yang teramat hingga lupa nak mensnap walaupun kamera ada di dlm sling bag. Kan dah cakap aritu, musim malas ni. Hihihi..

Chicken Parmagiana yang di google.
Biler dah kenyang.. terus ke Cineleisure plak. Kan dekat jer jugak tu. Takder plan nak tgk wayang pun langsung tp ada plan ke Cineplex. Teringin nak makan popcorn plak. So, jalan jalan.. ingat nak carik memory card utk cik camera tp cam tak besh. Lagipun rasa kat Sony pun murah kut eh? Sapa tau? 2 Gb punyer price? Lepas round, jumpa tempat yang main games tu.. ala, sekali ada pndok amek gambar tu. Singgah seround. Amek gamba ngan dahlin seround sementara sorang makhluk Tuhan pun takder dlm kedai tu. Pastu lawan race kete pulak berdua. Dulu dulu satu token tu 50 sen jer kan? Err.. zaman 90-an.

Token utk race. Satu = RM 2. Mahai..
Lepas abes main ni, baru beli popcorn. Makan sambil round round lagi. Tup tup.. eh, ada tempat main pool plak. Ajak dahlin’ singgah. Kire nak lawan pool pulak lah. Tak sedar jari seme tak buat balancing n alignment lagi ni. Satu game = RM 3. Ok laa tu kan. Takder orang jugak ni. Besh besh… Eh, dari meja pool dah buleh nampak area rumah lah. Hebat ni. Nasib takleh nampak bilik mandi sapa sapa. Wakaakakaaa..
Dah setel main ssatu game (cukuplah kan), terus ke The Curve semula. Eh, ni 1st time main pool ngan dahlin’. Oh! Rasa cam kene tulis dalam diary yang dah berminggu tak di update tu. Biler kiter nak ber1st time ke RedBox ni? Hihhihi..
Dalam keadaan terlupa nak beli memory card tu, kitorang balik. Kunyah popcorn sambil bercakap punyer pasal, tersedak dan menahan dari termuntah dalam kete boleh menyebabkan dada anda sakit. Sile jangan tiru aksi ini yer. Singgah ke Petronas untuk mengisi minyak dlm kete mafia tu. Sambil si hensem mengisi minyak, si jelita tembam pula ke dalam untuk membeli.. eskrem banyak banyak. Terkejut cashier tgk. Eskrem di makan di waktu panas boleh membahagiakan rumahtangga anda. Renung-renungkan.. dan selamat beramal.

Eskrem beramai-ramai di dlm peti es.
P / S: Cuaca panas menyebabkan ketiak berkepam ketika menaip menyebabkan malas mula berleluasa untuk mengupdate. Harap maklum. Aper pun… nantikan berita tergempak nanti. Wootttt wooottttt !!!









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


