Archive for May, 2009
Dating itu indah
Bersama sama husband terhensem. Lepas lunch, lepas melepak, lepas melayan apa yang patut.. tetiber rasa cam nak kuar jalan jalan. Pakai suar apek jual eskrem jer arini. Kene pakai suar longgar di pinggang sebab perut asek sakit jer kalau pakai suar ngam di pinggang. Makan pun tak enjoy.. wakakkaaaaa
Maner kiter mau pigi? The Curve jer laa. Dekat dan cepat. Orang pun tak berapa nak ramai lagi time ni. Besh besh.. jalan jalan cuci mata. Pigi round survey survey barang sket sket. Sampai boring.. dan lapar. Nyum.. Dah lama tak makan Itallianies.. so, zasss ke sana. Dalam otak tak plan nak makan apa lagi. This time rasa cam nak something yang ‘rasa’ lebih sket. Lidah kan tak baper nak best lately ni. So, today.. menu adalah Strawberry Colada & Chicken Parmigiana. 1st time try menu ni. Crusted chicken ngan parmesan n mozarella cheese atas spaghetti. Selalu portion makanan dia cam untuk kendurilah. This time cam ngam ngam 2 orang. Besh betul. Rasa kenyang penuh sempurna. Gambar di ambil dari google kerana kelaparan yang teramat hingga lupa nak mensnap walaupun kamera ada di dlm sling bag. Kan dah cakap aritu, musim malas ni. Hihihi..

Chicken Parmagiana yang di google.
Biler dah kenyang.. terus ke Cineleisure plak. Kan dekat jer jugak tu. Takder plan nak tgk wayang pun langsung tp ada plan ke Cineplex. Teringin nak makan popcorn plak. So, jalan jalan.. ingat nak carik memory card utk cik camera tp cam tak besh. Lagipun rasa kat Sony pun murah kut eh? Sapa tau? 2 Gb punyer price? Lepas round, jumpa tempat yang main games tu.. ala, sekali ada pndok amek gambar tu. Singgah seround. Amek gamba ngan dahlin seround sementara sorang makhluk Tuhan pun takder dlm kedai tu. Pastu lawan race kete pulak berdua. Dulu dulu satu token tu 50 sen jer kan? Err.. zaman 90-an.

Token utk race. Satu = RM 2. Mahai..
Lepas abes main ni, baru beli popcorn. Makan sambil round round lagi. Tup tup.. eh, ada tempat main pool plak. Ajak dahlin’ singgah. Kire nak lawan pool pulak lah. Tak sedar jari seme tak buat balancing n alignment lagi ni. Satu game = RM 3. Ok laa tu kan. Takder orang jugak ni. Besh besh… Eh, dari meja pool dah buleh nampak area rumah lah. Hebat ni. Nasib takleh nampak bilik mandi sapa sapa. Wakaakakaaa..
Dah setel main ssatu game (cukuplah kan), terus ke The Curve semula. Eh, ni 1st time main pool ngan dahlin’. Oh! Rasa cam kene tulis dalam diary yang dah berminggu tak di update tu. Biler kiter nak ber1st time ke RedBox ni? Hihhihi..
Dalam keadaan terlupa nak beli memory card tu, kitorang balik. Kunyah popcorn sambil bercakap punyer pasal, tersedak dan menahan dari termuntah dalam kete boleh menyebabkan dada anda sakit. Sile jangan tiru aksi ini yer. Singgah ke Petronas untuk mengisi minyak dlm kete mafia tu. Sambil si hensem mengisi minyak, si jelita tembam pula ke dalam untuk membeli.. eskrem banyak banyak. Terkejut cashier tgk. Eskrem di makan di waktu panas boleh membahagiakan rumahtangga anda. Renung-renungkan.. dan selamat beramal.

Eskrem beramai-ramai di dlm peti es.
P / S: Cuaca panas menyebabkan ketiak berkepam ketika menaip menyebabkan malas mula berleluasa untuk mengupdate. Harap maklum. Aper pun… nantikan berita tergempak nanti. Wootttt wooottttt !!!
Mengong Semua
Minta maaf sangat pada those yang tetiber mendapat BUZZ from my YM recently. Tak di ketahui penyebabnya.. maka lagi sekali. ampun maaf di pinta, mensuci hening dosa yoooo ! YM ku mengong ! Saper buleh bantu eh? Masalah dia :
YM saya akan memBUZZ ppl dlm list saya eventhough saya tak online at that time. Tolong yaaa ..
Oh.. badan ku jugak sudah mulai mengong mengong. Sakit sini, sakit sana, pening kepala, pening lutut.. seme ada. Drive sket jer senak. Tensi ni… maka projek merendek sorang sorang di The Curve terpaksa di postponed ke masa yang sesuai. Oh, sengsara dalam kegembiraan.
Dan.. ada several good news yang macam nak citer tapi cam malas nak susun citer. So, rasanyer akan start berciter di masa bersesuaian. Kire masa bersesuaian tu membawa erti = masa rajin. Hint hint : Berite besh utk 3rd anniversary celebration, joy joy utk both of us and nintendo wii ku d mana? Hihihihihi..
P / S : Arini takder gambar sebab berkabung di atas kekalahan anak ikanku si Adam Lambert. Mujur Tomok menang aritu. (Me n my MIL minat Tomok masa OIAM tu.. hihihi)
Lega
Lega bebenor ni haa. Aritu, buat mereka yang ada masalah nak masuk dlm blog ni, aatas masalah masalah teknikal yang tertentu.. hampir jadik macam dulu. Hilang semenya. Tensi sket tapi takperlah. Nak buat camner kalau dah nak jadik. Apa pun, thanks to mr dahlin.. berjaya gak restore apa yg patut. Yippie yeh yeh..
Hari ni cuti pulak. Semalam keje half day jer. Lately, badan tak berapa nak sihat lah. Jangan ditanya kenapa. Pagi tadi dah ke klinik and besok nak kene pegi lagi. Untuk check darah pulak. Waduh….
Oh.. lil’ monsters seme dah buas buas n besar dah. Nikmati gambar yang sekeping ni seba tengah tak berapa nak ada mood ni ha. HIhihih..

Me with the 3 lil' monsters
P / S : Wish me luck k. Really need it.
Back to work
Wow weee.. after 2 years 9 months tak bekerja, ari ni start keje balik. Woohooo. Nasib lah pakai casual so pakai pink levi’s tee ngan jean jer. Besh kan? Sempat lagi bfast sorang b4 masuk keje. Masuk keje arini pun pukul 10 am. Rasanyer, balik pukul 5 pun ok jer kut. Sebab, today at 5.00 pm ada swimming kelas.
Biler lama tak keje kan, nak start balik keje.. woohoo… nervous semalaman tu. Kunci alarm siap siap. Kemas rumah sket sket sebelum kuar keje tadi. Bagi makan kucen awal pagi. Takut kelaparan anak anak kucens tu tengahari nanti. Ini pun tengah rileks jer pasal arini tak banyak keje. Isi borang borang yang patut, g fax and skang.. rehat. Hihihi..
Petang jap lagi jadik runner plak. Besh kan? Dah laaa hitam ni, kut nanti balik rumah laki pun tak kenal . Asek berjemur dlm kete jer tetengahari buta ni. Hint hint utk dahling : Nak tinted gelap kete buleh kaaa? *sambilkelipkelipmata* dan *selakselakbaju*.
Ok .. back to work. :P
P/S : Akhir bulan buleh joli besar this month. Woohoooo.. *sambilpicitpicitperut*











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


